Mercedes-Benz kongsi foto rekaan kabin model E-Class 2016

By  |  0 Comments

E-Klasse Interieur E-Class Interior

Sebelum mendedahkan model terbaharunya pada 11 Januari ini, Mercedes-Benz mengambil keputusan untuk berkongsi foto-foto ruang kabin bagi E-Class 2016 terlebih dahulu.

Rekaan yang penuh moden menghiasi segenap pelusuk bentangan papan pemuka model ini, seakan konsep yang ditanpilkan pada S-Class varian spesifikasi tinggi, terutamanya pada kluster instrumen digital. Namun ia menggunakan kekemasan yang berlainan pada roda stereng dan sistem navigasi.

Di bawah paparan sistem hiburan, Mercedes-Benz telah menempatkan empat corong penghawa dingin, manakala sitem kawalannya terletak pada konsol tengah, selain menempatkan jam yang cukup bergaya di situ.

E-Klasse Interieur E-Class Interior

Malah pada bahagian kiri papan pemuka, kelihatan terletaknya butang kawalan untuk beberapa sistem bantuan dan juga brek parkir elektronik.

Seperti mana kebanyakan model Mercedes-Benz yang lain, kawalan untuk tempat duduk hadapan terletak pada panel pintu termasuklah butang haba panas/penyejuk serta pembesar suara sistem audio.

Buat masa ini, Mercedes-Benz masih menyimpul rapi perincian lain, namun ada sumber menyatakan model ini turut ditampilkan dengan sistem NFC yang membolehkan pemandunya menggunakan telefon bimbit pintar sebagai kunci sekiranya memiliki kad sim dengan sistem keselamatan khas.

Malah model ini turut memiliki sistem kawalan parkir bagi memberikan kemudahan buat pemandunya.

Mercedes-Benz E-Class 2016 ini dijangka bakal dipertontonkan di NAIAS 2016 yang berlangsung di Detroit bulan hadapan dan mula dijual pada bulan April tahun yang sama. Ia akan diperkenalkan dengan versi sedan terlebih dahulu sebelum versi station wagon menyertainya tidak lama lagi.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *