Peugeot 308 THP Active serba baharu bersedia terima tempahan – Harga jangkaan RM121k

By  |  0 Comments

Peugeot_308_THP_Active-1

Nasim Sdn Bhd, pengedar rasmi Peugeot di Malaysia, telah memperkenalkan Peugeot 308 THP Active serba baharu.

Telah memenangi ‘Kereta Tahunan Terbaik Eropah’ di Geneva Motor Show pada Mac 2014 lalu, Peugeot 308 THP Active baharu ini dijangka mampu menambat hati pelanggan di Malaysia.

“Inilah masa yang sesuai untuk melancarkan Peugeot 308 THP Active serba baharu selepas Peugeot 308 THP yang diperkenalkan April lalu menjadi antara tiga model Peugeot terlaris di Malaysia. Ia tampil dengan gaya, teknologi dan elemen keselamatan yang tersendiri,” ujar Dato’ Samson Anand George, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Naza Automotive Group, Naza Corporation Holdings.

Peugeot 308 THP Active serba baharu ini tampil dengan gaya yang lebih diperhalusi dan sofistikated. Bahagian hadapannya didominasi dengan gril yang menjadi simbol Peugeot sendiri serta pencahayaan yang lebih mantap dengan lampu utama projektor Halogen, lampu nyalaan siang LED dan lampu kabus.

Peugeot_308_THP_Active-2

Rekaan yang berkualiti menjalari bahagian belakangnya pula dengan logo rasmi Peugeot serta lampu belakang LED.

Model hatchback ini dijanakan oleh enjin 1.6 liter empat-silinder pengecas turbo yang dipadankan dengan transmisi automatik AT6 enam-kelajuan dengan Quickshift.

Peugeot_308_THP_Active-54

Gabungan enjin dan transmisi ini mampu membuatkan kuasa yang dihambur sehingga 150 hp pada 5,000 rpm dan tork puncak 240 Nm dari 1,450 rpm. Malah transmisi ini turut memberikan penjimatan yang efisien yang membolehkan kenderaan ini mampu dipacu sejauh 800km dengan satu tangki penuh bahan api

Peugeot turut mendakwa, Peugeot 308 THP Active ini terjamin penjimatan bahan apinya iaitu sekitar 6.5 liter per kilometer.

Salah satu elemen yang paling utama ingin digembar-gemburkan ialah Peugeot i-Cockpit yang menggabungkan beberapa komponen iaitu roda stereng dengan rasa sensasi yang lebih dinamik, panel instrumen ‘head-up’ yang berposisi lebih tinggi dengan rekaan simetri yang lebih bergaya, konsol tengah yang lebih tinggi dan skrin sesentuh pelbagai-fungsi HD bersaiz 9.7-inci bagi pemanduan yang lebih intuitif.

Selain itu, ia turut menampilkan kawalan suhu automatik dua zon, konfigurasi kenderaan yang unik, tempat duduk balutan premium Metax, brek parkir elektrik automatik, sistem bunyi Arkamy dengan enam pembesar suara, sambungan multimedia untuk radio, iPod dan audio streaming, dan sambungan digital sepenuhnya menerusi Bluetooth dan USB.

Peugeot_308_THP_Active-21

Peugeot 308 THP Active turut dimantapkan lagi dengan Efficient Modular Platform (EMP2) generasi terbaharu yang mengurangkan berat kenderaan sebanyak 140 kilogram, secara tidak langsung meningkatkan lagi prestasinya.

Bagi mempertingkatkan lagi aspek keselamatannya, ia turut dilengkapi dengan enam beg udara, Program Kestabilan Elektronik (ESP) termasuk ABS, EBD, EBA, Anti-Skid Regulation (ASR) dan Kawalan Kestabilan Dinamik (DSC).

Selain turut menampilkan Bantuan Mula Mendaki, dua cagak ISOFIX, dan Peugeot Rolling Code Transponder. Peugeot 308 THP Active baharu ini turut menerima penarafan lima-bintang daripada Euro NCAP.

Didatangkan dengan lima warna yang menawan iaitu Artense Grey, Bianca White, Nera Black, Ruby Red dan Mocha Brown, Peugeot 308 THP Active baharu ini ditawarkan pada harga jangkaan RM120,888.

Semua model Peugeot turut didatangkan dengan waranti lima tahun tanpa perbatuan terhad bersama servis Bantuan Peugeot 24 jam, akses percuma ke Peugeot Lounge di Lapangan Terbang Subang dan keahlian Peugeot Privilege.

Sila baca ulasan pandu uji Peugeot 308 THP di sini.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

situs mix parlay euro 2024 judi bola euro parlay dominoqq pkv id pro bandarqq pkvgames bandar qq bandarqq qiuqiu bandarqq pkv games situs bandarqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games pkv qq pkv qq bandarqq pkv pkv games dominoqq pkv games pkvgames qiuqiu pkv pkv games pokerqq dominoqq bandarqq bandarqq dominoqq mixparlay pkvgames slotgacor parlay pokerqq
situs mix parlay euro 2024 judi bola euro parlay dominoqq pkv id pro bandarqq pkvgames bandar qq bandarqq qiuqiu bandarqq pkv games dominoqq situs bandarqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games pkv qq pkv qq bandarqq pkv pkv games dominoqq