ZF Services bakal memperluaskan rangkaian alat ganti menjelang 2017

By  |  0 Comments

ZF Services, unit perniagaan selepas jualan ZF Friedrichshafen AG, telah memasang untuk memperluaskan lagi rangkaian alat ganti yang berkualiti peralatan tulen bagi Malaysia serta seluruh ASEAN dan Taiwan.

ZF Services akan menyediakan rangkaian penuh alat ganti seperti penyerap hentak, sambungan bebola dan lain-lain bagi kereta jenama Asia termasuk Perodua, Proton, Toyota, Honda, Nissan, Mazda dan lain-lain menjelang 2017.

Menurut Pengurus Besar Serantau Selepas Pasaran ZF Asia Pasifik, Andre Scholle, “Pengembangan porfolio produk akan menjarakkan kedudukan kami selaku peneraju pembekal sumber tunggal alat ganti berkualiti tinggi meliputi 100 model kereta Asia di atas jalan di setiap negara merentasi Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Taiwan, Thailand dan Vietnam.”

Sambungnya lagi, unjuran pasaran menunjukkan terdapat kira-kira 34 juta kereta penumpang berusia tiga tahun ke atas di atas jalan di ASEAN dan Taiwan.

Pengarah Urusan ZF Sales and Service (M) Sdn Bhd, Mohd Syahrul Yusof berkata rangkaian Asia adalah produk terbaik ZF.

“Ia menawarkan prestasi yang lengkap dengan keselamatan dan kebolehpercayaan,” katanya.

Buat masa ini ZF Services mengembangkan rangkaian semasa untuk meliputi 95 peratus daripada pasaran jenama kereta penumpang Asia.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *