MBPJ akan halang pesalah trafik memperbaharui cukai jalan jika ada saman tertunggak

By  |  0 Comments

MBPJ2

Bagi anda yang mempunyai saman yang belum dijelaskan di sekitar Petaling Jaya, harap anda pantas menyelesaikannya.

Ini kerana mulai Mac tahun hadapan, bagi pesalah trafik yang mempunyai saman tertunggak di bandar tersebut akan berhadapan dengan masalah untuk memperbaharui cukai jalan.

Menurut laporan The Star, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) akan menghalang pesalah trafik daripada memperbaharui cukai jalan selagi saman tertunggak mereka tidak dijelaskan.

MBPJ1

Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohd Azizi Mohd Zain berkata, pihaknya juga telah mendapat kelulusan daripada pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk melaksanakan penguatkuasaan berkenaan.

Azizi turut menambah, MBPJ akan menawarkan diskaun sehingga 80% untuk melunaskan saman sehingga 29 Februari 2016, bagi memberi peluang kepada pesalah trafik menyelesaikan saman mereka sebelum tarikh akhir yang diberikan.

Laporan tersebut turut menyebut, MBPJ merekodkan sebanyak 4.1 juta saman trafik yang belum dibayar dan keseluruhannya bernilai kira-kira RM100 juta.

Sumber foto : Facebook rasmi MBPJ

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *