PLUS bakal naikkan kadar tol 5% tahun hadapan jika dapat kelulusan kerajaan

By  |  0 Comments

TOL SG RASAU2

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin telah membuat kenyataan mengenai semua lebuhraya di bawah PLUS akan mengalami kenaikan sebanyak 5% bermula tahun hadapan.

Namun kadar tol Jambatan Pulau Pinang terkecuali dan ia sedia kekal sehingga 31 Disember 2018.

Walau bagaimana pun, ia akan dilaksanakan sekiranya mendapat kelulusan dari kerajaan.

“Sebelum kenaikan itu dilakukan, kerajaan akan menyemak dahulu permohonan PLUS untuk kenaikan tol dengan memgambil kira ‘consumer price index (CPI) dan jumlah trafik yang telah diaudit. Ini bermakna tiada kenaikkan secara outomatik untuk PLUS,” katanya.

Menurut Rosnah lagi, perjanjian terkini juga menetapkan kenaikan kadar tol sebanyak 5% sahaja setiap tiga tahun mulai 2016 hingga tamat tempoh konsensi pada 31 Disember 2038.

Berdasarkan perjanjian konsensi tambahan PLUS yang ditandatangani pada November 2011, kerajaan dan PLUS Expressway Berhad (PEB) bersetuju untuk tidak menaikkan kadar tol bagi semua lebuh raya PLUS bagi tempoh lima tahun sehingga 2015.

Kenyataan ini adalah bagi menjawab soalan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Johari Abdul Ghani di Parlimen semalam.

Sebelum 2011, kenaikan kadar tol ialah sepuluh peratus untuk setiap tiga tahun bagi PLUS.

Dalam masa yang sama, Rosnah turut memberitahu Dewan Rakyat, jumlah keuntungan selepas cukai PLUS Expressway Berhad bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014 ialah sebanyak RM8.4 juta.

Di mana jumlah hasil kutipan tol PLUS adalah sebanyak RM2.61 bilion yang melibatkan bilangan trafik tahunan sebanyak 506 juta kenderaan.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *