Perodua lancar buku ‘Dude, That’s My Car!’ – Segala cerita mengenai Myvi

By  |  0 Comments

Perodua-Myvi-Book-2

Bagi pemilik Myvi atau pun yang suka mengumpul koleksi buku mengenai automotif, buku ini ‘wajib’ anda beli.

Baru-baru ini Perodua telah melancarkan buku berjudul ‘Dude, That’s My Car!’ yang memaparkan pelbagai kisah mengenai Myvi termasuk sejarahnya serta pelbagai kisah tersurat dan tersirat.

“Selepas 10 tahun kelahiran Myvi, kami mengambil keputusan untuk menghasilkan sesuatu yang pasti lebih bermakna dan segala cerita mengenainya terkandung di dalam buku ini,”ujar Presiden dan CEO Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh.

Myvi_Ext_04

‘Dude, That’s My Car!’ ditulis oleh Ahmad Tamimi Omar, seorang bekas wartawan yang kini berkhidmat di Jabatan Perhubungan Awam Perodua.

Kronologi sejarah Myvi dan segala kejayaan yang pernah dicatatkan telah menjadi ‘hiasan’ utama di dalam buku ini. Perodua telah mencetak sebanyak 2,000 nashkah ‘Dude, That’s My Car!’ dan dijual di MPH.

Myvi mencatatkan jualan yang paling memberangsangkan sejak sedekad kelahirannya dan menjadi antara model kenderaan yang paling digemari di negara ini. Setakat ini, ia telah mencatatkan rekod pengeluaran dan penjualan sebanyak 870,000 unit (sehingga Oktober 2015) dan sekali gus ‘memotong’ rekod model Kancil yang pernah menduduki rating teratas iaitu 770,000 unit. on.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *