Lebuhraya Pan Borneo Sabah mula dibina Mac 2016 dengan kos keseluruhan RM12.8 bilion

By  |  0 Comments
Gambar hiasan

Gambar hiasan

Dalam sidang perbahasan Bajet 2016 Negeri Sabah di Dewan Undangan Negeri semalam, Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Sabah akan bermula pada bulan Mac 2016, sebaik sahaja reka bentuk terperinci melibatkan tiga pakej awal siap pada penghujung tahun 2015.

Dengan kos keseluruhan bernilai RM12.8 bilion, kebanyakan laluan projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah sepanjang 706 kilometer akan menggunakan laluan jalan raya sedia ada, walaupun beberapa laluan baharu diwujudkan, memetik laporan Bernama.

Ia melibatkan tiga pakej bagi jarak jalan raya sejauh 23.5 kilometer. Di mana tiga pakej awalan pembinaan projek berkenaan ialah Jalan Donggongon-Papar sejauh 11.7 kilometer, Jalan Tawau-Semporna (dari Km45 ke Km49.7) dan Jalan Lahad Datu Bypass (7.1Km).

Projek pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Sabah turut diumumkan di dalam Bajet 2016 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 23 Oktober lalu.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *