Mitsubishi Triton VGT Adventure dinaikkan harga – Kini RM110,218

By  |  0 Comments

Triton_Adventure_Ext_02

Satu lagi berita kenaikan harga kenderaan disebabkan nilai mata wang Ringgit Malaysia yang merosot telah membabitkan model Mitsubishi Triton VGT Adventure.

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) telah mengumumkan harga atas jalan baharu (termasuk insurans) bagi Triton VGT Adventure kini ialah RM110,218, iaitu melibatkan kenaikan hampir RM2,000. Sebelum ini, harganya sekitar RM108,274 tidak termasuk insurans.

MMM turut mengesahkan buat setakat ini, harga bagi lain-lain model adalah sama sehinggalah suku pertama tahun 2016.

Triton_Adventure_Ext_16

Ekoran kenaikan harga bagi Triton VGT Adventure, kini ia turut didatangkan dengan Adventure Sports Bar untuk setiap rebat bernilai RM2,000. Sebagai alternatif, pelanggan juga turut ditawarkan dengan rebat tunai sebanyak RM3,500 jika tidak memilih Adventure Sports Bar terbabit.

Triton 2015 telah dilancarkan pada Mei lalu dan menawarkan lima varian iaitu VGT Adventure, VGT AT, VGT MT, MT dan Quest.

Model Import Sepenuhnya (CBU) dari hab produksi serantau Mitsubishi Motors Company (MMC) di Thailand ini dipadankan dengan penjana kuasa Mitsubishi yang telah dipertingkatkan termasuklah pilihan 2.5 liter VGT empat-silinder turbodiesel.

Ia mampu menghasilkan kuasa sehingga 178 PS pada 4,000 rpm. Manakala tork puncak dipertingkatkan daripada 350 Nm ke 400 Nm pada 2,000 hingga 3,500 rpm.

Namun bagi varian Triton MT dan Triton Quest, ia dipadankan dengan enjin 2.5L DOHC 16V DI-D Common Rail Turbocharged Intercooler dengan kuasa serta tork maksimum 136 PS & 324 Nm (Triton MT 4×4) dan 110 PS & 200 Nm (Quest 4×2). Kedua-duanya turut menampilkan kotak gear manual lima-kelajuan.

Klik DI SINI untuk ulasan pandu uji Triton 2015.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *