Ford Ranger baharu dapat penarafan 5 bintang dari ASEAN NCAP

By  |  0 Comments

Ford_NCAP_2

Telah pun dilancarkan pada awal bulan lalu, Ford Ranger facelift merupakan kenderaan terkini yang menjalani ujian pelanggaran oleh ASEAN NCAP dan telah menerima penarafan lima bintang dari agensi terbabit.

Ranger telah menerima 15.45 markah bagi Pelindungan Penumpang Dewasa (AOP) dalam ujian pelanggaran hadapan selaju 64 km/j. Bagi Pelindung Penumpang Kanak-Kanak- COP), Ranger hanya memperoleh tiga bintang dengan jumlah keseluruhan sebanyak 63%.

Hanya kenderaan yang dilengkapi dengan Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) layak menerima penarafan lima bintang. Bagi yang tidak dilengkapi dengan sistem berkenaan, markah tertinggi hanya empat bintang.

Ford_NCAP_1

Kesemua model Ranger di Malaysia kini dilengkapi dengam ESC dan melayakkannya menerima penarafan lima bintang. Manakala beg udara berkembar pula merupakan elemen standard, namun varian Ranger 3.2L Wildtrak pula memiliki sejumlah enam beg udara.

Setakat ini, lima kenderaan pikap telah diuji oleh ASEAN NCAP iaitu Chevrolet Colorado (lima bintang/15.19 markah bagi AOP, tiga bintang/63% bagi COP), Toyota Hilux (lima bintang/14.53 markah bagi AOP, empat bintang/71% bagi COP), Mitsubishi Triton (empat bintang/13.56 markah bagi AOP, dua bintang/48% bagi COP) dan Isuzu D-Max (empat bintang/11.87% bagi AOP, empat bintang/71% bagi COP).

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *