Prebiu : Nissan NP300 Navara menawarkan pelbagai elemen terbaik dalam segmennya

By  |  0 Comments

Nissan_NP300_Navara_New_IK 022

Dua minggu sebelum dilancarkan secara rasminya untuk pasaran Malaysia, Edaran Tan Chong Motor Sdn.Bhd (ETCM) telah mengadakan sesi previu khas untuk media tempatan bagi memperkenalkan Nissan NP300 Navara.

Untuk pasaran Malaysia, ia menawarkan enam varian iaitu VL, V, SE (AT), SE (MT), E dan Single Cab.

Dengan mempertaruhkan enjin yang telah ditambah baik iaitu 2.5L Diesel YD25 Nissan, ia berkeupayaan menghamburkan kuasa maksimum sehingga 190PS dan puncak tork 450Nm pada 2,000rpm, sekali gus menjadikannya sebagai trak pikap paling berkuasa dalam segmennya.

Nissan_NP300_Navara_New_IK 065

Bagi prestasi kuasa yang lebih berdinamik, ia turut digabungkan dengan transmisi automatik tujuh-kelajuan bersama mod manual iaitu pertama dalam kelasnya menjadikan NP300 Navara menjadi peneraju dengan lebih kuasa, pecutan yang lebih lancar serta menjimatkan bahan api.

Walau bagaimana pun, bagi varian SE (MT), E dan Single Cab, ia dipadankan dengan transmisi manual enam-kelajuan.

Selain itu, NP300 Navara bagi pasaran Malaysia turut mencipta satu lagi rekod iaitu pikap pertama dari pembuat kenderaan Jepun yang menggunakan Multi-link bersama penyerap hentak bagi suspensi belakangnya. Ia turut dipadankan bersama Independent Double-Wishbone dengan palang penstabilan untuk suspensi hadapan.

Semua varian Double Cab mempunyai sistem 4WD dan turut memiliki butang Shift-On-Fly 4×4. Di mana dari pacuan 2WD, boleh ditukarkan pada 4H untuk 4WD ketika memandu di bawah kelajuan 100km/j. Dari 4H hendak bertukar ke 4LO, kenderaan harus berhenti sepenuhnya (0km/j).

Nissan_NP300_Navara_New_IK 013

NP300 Navara berukuran 5,255 mm panjang, 1,850 mm lebar dan 1,840 mm tinggi (kurang 30 mm untuk varian V, SE (AT), SE (MT) dan 40mm untuk E).

Manakala bagi Single Cab pula, berukuran 5,235 mm panjang, 1,790 mm lebar dan 1,775 mm tinggi. Ukuran bagi jarak roda adalah sama untuk semua varian iaitu 3,150 mm.

Melihat akan penampilannya, ternyata NP300 Navara lebih macho, agresif dan sofistikated berbanding model sebelumnya. Terutamanya bagi varian tertinggi V yang menerima perubahan karakter luaran dengan menampilkan DNA reka bentuk Nissan yang tersendiri serta cukup menonjol.

Lampu utama LED berbentuk boomerang yang lengkap dengan lampu nyalaan siang (DRL) merupakan yang pertama dalam kelasnya. Ia turut melengkapkan gril signatur ‘V-motion’ Nissan serta menyerlahkan aspek estatiknya. Varian ini juga ditampilkan dengan rel bumbung.

Namun hanya padanan lampu utama halogen untuk lain-lain varian. Dan kesemua varian turut dilengkapi dengan spoiler belakang kecuali varian Single Cab.

Varian V dipadankan dengan rim aloi bersaiz 18-inci, manakala varian lain hanya 16-inci. Cuma varian Single Cab sahaja menggunakan rim keluli bersaiz 16-inci.

Mengenai bahagian kabinnya pula, NP300 Navara turut mengaplikasikan tempat duduk yang diinspirasikan daripada Graviti Sifar (Zero Gravity Inspired Seats) seperti model-model premium Nissan lain. Tempat duduk ini memberi sokongan pada tulang belakang pemandu dan penumpang hadapan.

Varian VL dilengkapi dengan tempat duduk kulit sepenuhnya, manakala lain-lain varian hanya fabrik.

Manakala pendingin hawa dua zon dan corong udara di bahagian belakang pula memberikan penyejukan kabin yang optimum.

Bagi varian VL dan V, ia turut dilengkapi dengan butang kawalan pada roda stereng iaitu untuk audio, sistem bebas-tangan Bluetooth, kawalan kelajuan dan ADA (Advanced Drive Assist Display), kunci pintar bersama butang penghidup/mematikan enjin dan paparan bersaiz 5-inci dengan sokongan FM/AM/MP3, sambungan USB, kamera pandang belakang dan enam pembesar suara.

NP300 Navara Serba Baharu hadir bersama pelbagai ciri keselamatan untuk apa jua situasi pemanduan. Ia dilengkapi sistem ciri Active Brake Limited Slip untuk menawarkan cengkaman lebih baik serta meningkatkan kestabilan kenderaan di atas jalan yang licin, Hill Start Assist dan Hill Descent Control.

Ciri-ciri utama keselamatan lain termasuklah dua beg udara di bahagian hadapan, cagak tempat duduk kanak-kanak (ISOFIX), Kawalan Dinamik Kenderaan, ABS, EBD, Bantuan Brek dan Sistem Kawalan Cengkaman untuk membantu pemandu agar sentiasa berada dalam kawalan serta dapat mengelakkan daripada bahaya dalam situasi-situasi kecemasan.

Nissan_NP300_Navara_New_IK 003

NP300 Navara ini menawarkan empat warna iaitu Savanna Orange serba baharu, Tungsten Silver, Diamond Black dan Brilliant White.

Manakala varian Single Cab hanya ditawarkan dengan satu warna sahaja iaitu Brilliant White.

ETCM telah pun membuka tempahan bagi NP300 Navara ini sejak sebulan yang lalu. Sehingga kini, ia telah menerima sambutan yang begitu menggalakkan.

Harga jangkaannya adalah seperti berikut :

Nissan_NP300_Navara

Nissan NP300 Navara Double Cab VL

Nissan NP300 Navara V

Nissan NP300 Navara SE (AT)

Nissan NP300 Navara E

Nissan NP300 Navara Single Cab

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *