Pusat R&D Honda di Tochigi, Jepun bertaraf dunia

By  |  0 Comments

clashtest-photo-003

Peluang melawat Pusat Penyelidikan & Pembangunan (R&D) Honda di Tochigi, Jepun pada akhir bulan lalu bersama Honda Malaysia (sempena Tokyo Motor Show 2015) yang turut membawa rombongan media permotoran Malaysia sedikit sebanyak memberikan input mengenai teknologi pembikinan kenderaan Honda. Terutamanya dalam aspek keselamatan model-model kenderaan kelahiran syarikat pembuat kenderaan terkemuka dunia ini.

Mengimbas kembali sejarah kewujudannya, Pusat R&D Tochigi ini dibuka pada tahun 2001 dan mempunyai fasiliti dalam ruang tertutup yang pertama di dunia yang boleh menjalani ujian pelbagai cuaca iaitu Omni Directional Crash-Test Facility.

Dengan kos bernilai $90 juta dan berada di kawasan seluas 41,00 kaki persegi, fasiliti ini direka bagi kegunaan sepanjang masa.

Makmal ujian ini mempunyai lapan trek ujian dengan konfigurasi yang tersendiri. Di mana barisan jurutera Honda boleh ‘mencipta’ kepelbagaian simulasi termasuk pelanggaran bahagian tepi, sisi, hadapan mahu pun belakang.

Ini bermakna impak pelanggaran boleh dilakukan dari pelbagai sudut seperti mana kemalangan jalan raya yang sebenar. Begitu juga dengan jarak dan kelajuan pelanggaran sama ada berbeza atau pun sama dengan dua kenderaan yang berbeza, turut dapat dilaksanakan.

Bukan itu sahaja, simulasi ini turut boleh menganalisis pelanggaran antara kenderaan dan pejalan kaki iaitu menggunakan patung dummy ciptaan Honda dengan kerjasama sebuah universiti di Amerika Syarikat.

Hingga kini, Pusat R&D Tochigi telah menjalankan lebih 20,000 ujian termasuklah ujian pertembungan (clash test).

Dengan bantuan peralatan tercanggih dan berteknologi tinggi, barisan jurutera Honda telah menjalankan penyelidikan terperinci dalam usaha mencapai objektif utama mereka iaitu membawa keaslian dan teknologi terkini untuk digunakan di seluruh dunia.

Adanya pelbagai peralatan berteknologi tinggi sebegini, sekali gus menempatkan Honda sebagai pengeluar kenderaan terkemuka dunia yang begitu komited dalam menghasilkan produk terbaik untuk para pelanggan. Dan dalam masa yang sama bagi berdaya saing dalam pasaran global termasuk menghasilkan model kenderaan yang sesuai dengan alam sekitar.

Menurut salah seorang jurutera kanan bagi aspek keselamatan Honda, pengetahuan tentang apa yang berlaku dalam kemalangan sebenar adalah asas untuk mereka bentuk dan menghasilkan kenderaan yang lebih selamat. Iaitu salah satunya ialah menawarkan pelindungan yang terbaik bagi pemandu dan penumpangnya.

Dengan melakukan ujian ini, jurutera Honda dan penyelidik boleh menentukan dengan tepat bagaimana model kenderaan tersebut akan berfungsi apabila persekitaran beralih daripada kemudahan ujian steril untuk lebuh raya dan jalan biasa di seluruh dunia.

clashtest-photo-004

Malah ia membantu membangunkan pemahaman yang benar tentang bagaimana kecederaan manusia berlaku akibat kemalangan. Hasil penemuan ini akan membawa kepada pembangunan teknologi baru yang direka untuk mengurangkan kecederaan akibat perlanggaran. Ia juga akan membolehkan produk masa depan bukan sahaja untuk memenuhi piawaian semasa, tetapi untuk membawa ke tahap mematuhi standard masa depan.

Sewaktu kunjungan tersebut, kami turut ‘disajikan’ dengan ujian pertembungan antara Honda CR-V dan Honda Jazz (atau lebih dikenali sebagai Honda Fit di Jepun).

Dengan kelajuan 50km/j (selalunya ujian akan melibatkan kelajuan antara 80km/j), pertembungan kedua-dua model berkenaan secara berhadapan menggunakan unit pendorong yang terletak di trek bawah kenderaan tersebut.

Sebaik sahaja meluncur dalam kelajuan yang dilaraskan, kedua-duanya bertembung dan turut menghasilkan bunyi gema yang agak kuat. Dan kelihatan pelbagai komponen berkecai bertaburan di lantai. Situasi yang sama yang dapat kita saksikan pada kemalangan jalan raya yang sebenar.

Kami turut disajikan sorotan semula (footage) pelanggaran dari pelbagai sudut di mana kamera berteknologi tinggi yang tersedia dalam fasiliti tersebut mampu merakamkan 1,000 shot dalam sesaat. Di mana kamera tersebut digunakan untuk merekodkan foto dan video bagi tujuan penyelidikan, post-mortem dan sebagainya.

Selepas segala serpihan dibersihkan, kami dibenarkan untuk mendekati kedua-dua kenderaan terbabit dan melihat secara lebih dekat impak perlanggaran terbabit.

Namun menurut pengamatan, impak tersebut tidak begitu ‘mengganggu’ pemandu dan penumpang di dalam kabin. Sebaliknya ia melibatkan kerosakan teruk di bahagian hadapan kedua-dua kenderaan sahaja.

Walau pun pada mulanya (sebelum pelanggaran), penulis dapat membayangkan betapa ‘parahnya’ Jazz tersebut, namun selepas menyaksikannya, anggapan awal meleset. Kedua-duanya memang mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan, dan keadaan Jazz pula tidaklah seteruk yang dibayangkan!

Walau bagaimana pun, ‘kemalangan’ ini mungkin mendatangkan kecederaan buat pemandu dan penumpang di hadapan. Namun beg-beg udara di dalam kedua-dua kenderaan berkenaan turut berfungsi dengan baik.

Sekali gus mampu melindungi (atau mengurangkan kecederaan parah/risiko kematian) pemandu dan para penumpang. Inilah antara aspek keselamatan yang begitu dititikberatkan oleh Honda, selain ketegaran tiang dan kerangka kenderaan.

Jika terdapat sebarang perkara yang patut diperbaiki dan dipertingkatkan, Honda tidak akan mengambil masa untuk melakukannya demi menghasilkan produk yang berkualiti tinggi dan diyakini. Walau pun mengakui, penyelidikan dan pembangunan membabitkan kos yang besar, namun soal kualiti termasuk aspek keselamatan tidak akan dikompromi.

Itu janji Honda pada dunia. Malah elemen inilah yang turut membantu meletakkan nama Honda sebagai antara jenama automotif yang diyakini dan digemari seantero dunia.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

situs mix parlay euro 2024 judi bola euro parlay dominoqq pkv id pro bandarqq pkvgames bandar qq bandarqq qiuqiu bandarqq pkv games situs bandarqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games pkv qq pkv qq bandarqq pkv games dominoqq pkv games pkv pkvgames qiuqiu pkv pkv games bandarqq dominoqq pkvgames slotgacor parlay pokerqq parlay
situs mix parlay euro 2024 judi bola euro parlay dominoqq pkv id pro bandarqq pkvgames bandar qq bandarqq qiuqiu bandarqq pkv games dominoqq situs bandarqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games pkv qq pkv qq bandarqq pkv pkv games dominoqq