Honda tidak akan guna beg udara Takata untuk model akan datang

By  |  0 Comments

Honda-airbag

Ekoran pelbagai kontroversi yang timbul dek disebabkan masalah beg udara keluaran Takata Corporation, Honda Motor Company telah membuat keputusan untuk berhenti menggunakan komponen keluaran syarikat terbabit bagi model yang akan datang.

Keputusan ini diambil selepas Honda mendapati data ujian dari Takata “ternyata salah kenyataan dan telah dimanipulasikan”.

Ia merujuk kepada peranti yang dikeluarkan oleh Takata dengan kos yang kecil dan peralatan terbabit pantas mengembungkan beg udara dan boleh menyebabkan kecederaan sekiranya berlaku pelanggaran.

Malah sesetengah pengepam beg udara Takata didapati merekah dan pecah serta boleh menyebabkan serpihannya meletup di dalam kabin.

Sumber memberitahu, setakat ini beg udara keluaran Takata telah menyebabkan 8 kematian dan 100 kecederaan.

Honda merupakan pelanggan terbesar pengepam beg udara Takata dan salah satu pemegang saham di dalam syarikat terbabit.

Sumber turut melaporkan Mazda turut tidak lagi menggunakan beg udara keluaran Takata, manakala Subaru dan Mitsubishi juga sedang mempertimbangkan untuk mengambil langkah yang sama.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *