PLUS tawar rebat 20% sempena Deepavali

By  |  0 Comments

TOL SMART TAG N TNG

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) telah mengumumkan tawaran rebat tol sebanyak 20% kepada pengguna rangkaian lebuh raya kendaliannya yang membayar tol secara elektronik sempena perayaan Deepavali pada 10 November ini.

Lebuh raya kendalian PLUS yang terlibat ialah Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE), Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) dan Jambatan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua).

Menurut Ketua Pegawai Operasi PLUS Malaysia Berhad, Mohammad Fuad Khusairi, “Pengguna Kenderaan Kelas 1 (kenderaan ringan dengan 2 gandar dan 3 atau 4 roda kecuali teksi) yang membayar tol menggunakan sistem elektronik iaitu menerusi kad PLUSMiles, kad Touch ‘n Go dan SmartTAG berpeluang menikmati rebat tol sebanyak 20 peratus pada 10 November bersempena dengan Hari Deepavali.”

Menurut Fuad, pada 10 November, pengguna sistem elektronik masih perlu membuat bayaran tol seperti biasa, tetapi rebat tol 20 peratus tersebut akan dimasukkan ke dalam kad Touch ‘n Go atau kad PLUSMiles masing-masing (dalam bentuk tambah nilai) di antara 15 Disember 2015 sehingga 14 Mac 2016 akan datang di semua pusat khidmat pelanggan di lebuh raya PLUS.

ASXdrive21

Pemberian rebat tol oleh PLUS ini merupakan salah satu daripada langkah PLUS meraikan sambutan Hari Deepavali yang akan datang. Selain itu, ia adalah di antara strategi PLUS menggalakkan orang ramai beralih kepada sistem pembayaran secara elektronik yang lebih mudah dan lebih pantas.

“Rebat tol ini boleh dinikmati sepanjang hari dan tidak terhad pada tempoh masa tertentu sahaja,” jelas Fuad.

Walau bagaimanapun, rebat tersebut tidak diberikan untuk pengguna yang membayar tol di Plaza Tol Tanjung Kupang, Bukit Kayu Hitam, Bangunan Sultan Iskandar dan Jambatan Pulau Pinang.

PLUS turut menjangkakan jumlah trafik di Lebuhraya Utara-Selatan akan meningkat sebanyak lapan (8) peratus kepada 1.4 juta kenderaan setiap hari di antara 6 November hingga 15 November bersempena perayaan Deepavali berbanding 1.3 juta kenderaan sehari pada hari-hari biasa.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *