Polis sangkal laporan WHO berhubung pemakaian tali pinggang keledar di Malaysia

By  |  0 Comments

Child car seats paultan.org 010

Baru-baru ini Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengeluarkan laporan Status Global mengenai Keselamatan Jalan Raya 2015. Ia turut menyenaraikan Malaysia sebagai antara negara di dalam rantau Asia yang berada pada kedudukan terbawah.

Malaysia hanya menerima 4 daripada 10 markah kepada Malaysia tahap penguatkuasaan pelaksanaan undang-undang tali pinggang keledar di negara ini.

Memberi respons tentang perkara ini, menerusi laporan The Sun, Ketua Bahagian Trafik Polis DiRaja Malaysia (PDRM), ACP Mahamad Akhir Darus telah mempersoalkan teknik yang digunakan oleh WHO untuk menetapkan kedudukan tersebut.

Ujarnya, “Saya tertanya-tanya bagaimana WHO menjalankan penyelidikan dan menyediakan markah bagi penggunaan tali pinggang keledar di negara ini. Mereka adalah sebuah badan asing dan kaedah dan penemuan mereka boleh dipersoalkan.”

Dalam masa yang sama, beliau turut menyangkal dakwaan mengenai penggunaan tali pinggang keledar di tempat duduk penumpang belakang masih rendah sejak pelaksanaan undang-undang itu enam tahun lalu.

Tambahnya, lebih banyak kempen promosi dilakukan bagi menggalakkan penggunaan tali pinggang keledar demi keselamatan penumpang.

Menurut laporan WHO, di Malaysia, hanya 77% penumpang hadapan yang memakai tali pinggang keledar dan penumpang di belakang sekitar 13%. Sedangkan bagi PDRM, anggaran itu sepatutnya lebih tinggi.

Pada Mei lalu, MIROS pernah mendedahkan hanya 7 hingga 9% sahaja penumpang tempat duduk belakang yang menggunakan tali pinggang keledar.

Mungkin juga laporan WHO ini bakal menjadi antara topik utama yang akan dibincangkan dalam mesyuarat Lembaga Keselamatan Jalan Raya Nasional yang dijadualkan berlangsung di Kangar pada 1 November ini, menurut Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi.

“Saya akan bertanyakan hal ini pada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Keselamatan Jalan Raya dan pihak yang berkaitan di setiap negeri untuk mengenal pasti dan menggalakkan kempen berhubung keselamatan jalan raya pada umum,” ujarnya.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

judi bola euro parlay situs mix parlay euro 2024 sbobet88 bandar bola euro 2024 dominoqq bandarqq bandar qq situs bandarqq pkv games pokerqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games bandarqq