Amalan pemakaian tali pinggang keledar di Rantau Asia – Malaysia antara duduki tangga terbawah

By  |  0 Comments

Rear_Seat_belt-003-850x566

Laporan Status Global yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berhubung Keselamatan Jalan Raya 2015 telag menyenaraikan Malaysia sebagai antara negara di dalam rantau Asia yang berada pada kedudukan terbawah.

Ia didorong oleh kurangnya amalan pemakaian tali pinggang keselamatan dan kesedaran berhubung keselamatan di jalan raya.

WHO juga hanya memberikan markah sebanyak 4 daripada 10 kepada Malaysia bagi tahap penguatkuasaan untuk melaksanakan undang-undang tali pinggang keledar di negara ini. Negara jiran, Thailand dan Vietnam pula mendapat 6 markah. Manakala Kemboja dan Filipina pula hanya lima.

Indonesia dan Singapura pula menerima 8 markah, serta juga Jepun. Manakala Australia pula dengan 7 markah dan New Zealand menerima 9 markah.

Child car seats paultan.org 011

New Zealand mematuhi undang-undang pemakaian tali pinggang keledar sebanyak 96% untuk penumpang hadapan dan 90% di belakang. Jauh bezanya dengan di Malaysia, iaitu hanya 77% penumpang hadapan yang memakai tali pinggang keledar dan penumpang di belakang sekitar 13%.

Lain-lain negara seperti di United Kingdom pula dengan catatan rekod 95% melibatkan penumpang hadapan dan 88% penumpang di belakang. Manakala Amerika Syarikat pula mencatat sebanyak 84% untuk penumpang hadapan dan 70% di belakang

Seperti yang semua sedia maklum, Malaysia antara negara di rantau ini yang masih belum mengimplementasikan undang-undang mandatori yang mewajibkan ibu bapa memastikan anak-anak kecil duduk di kerusi keselamatan kanak-kanak/bayi di dalam kenderaan. Ini termasuklah Indonesia, Thailand, Myanmar, Vietnam dan Filipina.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *