ASEAN NCAP beri respons berhubung isu penambat keselamatan Proton Saga

By  |  0 Comments

saga-flx+

Program Penilaian Kereta Baharu ASEAN (ASEAN NCAP) telah mengeluarkan kenyataan berhubung pengakuan Proton “kesilapan” membuang fitmen penambat keselamatan pada model Saga sedia ada.

Malah Proton mengakui kesal akibat salah faham dengan pihak ASEAN NCAP berhubung perkara ini.

Menurut kenyataan ASEAN NCAP, pihaknya telah dimaklumkan tentang langkah yang diambil oleh Proton yang menawarkan pemasangan percuma bagi penambat keselamatan berkenaan pada model Saga yang terbabit.

Bukan itu saja, ASEAN NCAP juga akan memastikan hubungan yang lebih baik terjalin bersama Proton bagi mengelakkan masalah salah faham ini terus berlaku pada masa hadapan.

Pada minggu lalu, ASEAN NCAP telah mengeluarkan kenyataan rasmi menerusi laman web rasminya, pihaknya telah menerima laporan dari para pengguna berkenaan dengan salah satu bahagian keselamatan pada kereta buatan tempatan yang pernah diuji telah dibuang.

Di mana bahagian yang melibatkan penambat fitmen yang bertujuan untuk memegang kerusi kanak-kanak didakwa ‘tiada’ pada model sebenar kereta tersebut.

Perodua merupakan syarikat pengeluar kenderaan yang pertama tampil membuat penjelasan dan mengakui tidak terlibat langsung dengan perkara ini.

Beberapa hari kemudian, Proton pula membuat kenyataan yang sama dan bersedia berjumpa dengan ASEAN NCAP untuk lebih kepastian. Namun kemudian, mereka mengakui perkara ini dan menawarkan pemasangan percuma bahagian keselamatan tersebut untuk semua pemilik Saga terbabit.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *