Proton akui ‘buang’ fitmen keselamatan dari model Saga, tawarkan pemasangan percuma untuk pemilik terlibat

By  |  0 Comments

Saga_2

Proton telah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung dengan siasatan ASEAN NCAP, di mana syarikat pengeluar kenderaan nasional terbabit ‘mengakui kesilapan’ telah membuang salah satu fitmen keselamatan pada model Saga sedia ada. Proton turut merasai sesalan kerana telah salah faham dengan ASEAN NCAP terhadap perkara ini.

Mengikut kenyataan terbabit, fitmen tersebut merupakan salah satu daripada 1o bahagian keselamatan yang dipasang pada Saga yang menerima penarafan tiga-bintang. Ini termasuklah rasuk bahagian bampar hadapan, tetulang tambahan untuk bampar depan dan belakang, pintu depan, tiang tengah dan tempat duduk belakang sokongan belakang, tambahan beg udara bagi penumpang hadapan, pra-tekanan tali pinggang keledar tempat duduk hadapan dan juga tiga-poin tali pinggang bahagian tengah tempat duduk belakang.

top-tether-wm

Untuk pengetahuan, Saga telah menerima penarafan satu-bintang pada tahun 2012, dan selepas menjalani ujian perlanggaran sekali lagi pada 2013, dengan penambahan pakej keselamatan yang disebut di atas, ia dinaikkan pada penarafan tiga-bintang dan kekal sehingga sekarang.

Disebabkan ‘ketiadaan elemen berkenaan pada model Saga sedia ada’, Proton berkata, “Fitmen terbabit bukan satu keperluan peraturan untuk OEM bagi dipasang di dalam kereta ketika ujian dilakukan. Walau bagaimana pun, kami telah mematuhi peraturan-peraturan keselamatan dan syarat-syarat lain yang diperlukan untuk negara ini. Namun kami terlepas pandang untuk memaklumkan kepada ASEAN NCAP mengenai fitmen penambat salah satu bahagian keselamatan pada model Saga yang diperkatakan ini.”

top-tether-attachment

Malah Proton turut berkata, penambat bahagiab terbabit sebenarnya tidak memberikan kesan keselamatan pada Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP), kerana ia bertujuan untuk pemasangan kerusi kanak-kanak dengan mekanisme terbabit. Walau bagaimana pun, kerusi keselamatan kanak-kanak masih boleh dipasang secara normal dengan menggunakan tali pinggang keledar seperti biasa.

Sebagai langkah penyelesaian, Proton menawarkan pemasangan fitmen penambat terbabit secara percuma kepada para pemilik Saga terbabit. Mana-mana pemilik Saga yang terbabit bolehlah menghubungi Pusat Talian Bantuan Proton (1 800 88 8398) atau e-mel kepada customercare@proton.com untuk mendapatkan jadual temujanji pemasangan fitmen terbabit.

Perkara ini timbul selepas Asean New Car Assessment Program (ASEAN NCAP) telah mengeluarkan kenyataan rasmi menerusi laman web rasminya, pihaknya telah menerima laporan dari para pengguna berkenaan dengan salah satu bahagian keselamatan pada kereta buatan tempatan yang pernah diuji telah dibuang.

Di mana bahagian yang melibatkan penambat fitmen yang bertujuan untuk memegang kerusi kanak-kanak didakwa ‘tiada’ pada model sebenar kereta tersebut.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *