BMW Group catat prestasi jualan tertinggi pada 2013

By  |  0 Comments

BMW 03

Nampak gayanya industri automotif tempatan kian berkembang pesat ekoran kebanyakan jenama kenderaan yang berada di negara ini menunjukkan peningkatan jualan pada tahun lalu. Bukan setakat jenama kenderaan buatan Malaysia, malah dari Jepun, Korea Selatan dan Eropah turut menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan.

BMW Group Malaysia turut sama mencapai prestasi dinamik dengan jumlah kenderaan BMW, MINI dan Motorrad sebanyak 7,974 yang dijual pada 2013 bagi pasaran tempatan. Ia merupakan pencapaian tertinggi setakat ini pada kadar pertumbuhan 14 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2012 iaitu 6,988 unit.

Pemacu utama kejayaan BMW Group Malaysia ialah pengenalan kenderaan baharu dalam tahun yang mencatatkan rekod ini. Di mana semuanya telah mengubah segmen masing-masing dan meningkatkan sempadan inovasi dan teknologi bagi mengolah semula takrif kemewahan bagi segmen premium.

Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Dr. Gerhard Pils, berkata, syarikat ini akan terus menyokong usaha kerajaan Malaysia untuk memajukan industri automotif melalui Dasar Automotif Nasional 2014 (NAP 2014) yang selaras dengan pegangan BMW Group iaitu mobiliti yang mapan adalah masa depan industri automotif.

Melalui pelan tahun 2014, BMW Group Malaysia berharap dapat bekerja dengan kerajaan Malaysia untuk mengenalpasti peluang-peluang bagi penambahbaikan industri automotif Malaysia.

Pada tahun 2013 sahaja, pengeluar kereta premium ini telah memperkenalkan varian BMW 1 Series, BMW X3 dan MINI Countryman yang dipasang di Malaysia bagi membantu industri automotif Malaysia menjadi lebih berdaya saing di peringkat global. Rangkaian pengedar turut berkembang daripada 16 pengedar BMW dan empat pengedar MINI pada 2012 menjadi sebanyak 36 pengedar semuanya di seluruh negara.

bmw-malaysia-2014-briefing-1a

Bagi tahun 2014, BMW Group Malaysia akan terus meneruskan pelaburan di pasaran Malaysia dengan memperkenalkan model-model baharu dan rangkaian pengeluaran termasuklah pengenalan BMW 3 Series Gran Turismo pemasangan tempatan. Ia merupakan varian ke-14 BMW yang dipasang di negara ini.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *