PLUS kekalkan kadar tol di semua lebuh raya kendaliannya buat masa ini

By  |  0 Comments

TOL SG RASAU2

Selepas lapan syarikat konsesi lebuhraya menaikkan kadar tol di plaza tol masing-masing, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dalam kenyataan menerusi laman web rasminya berkata, kadar tol di semua lebuh raya kendaliannya akan kekal pada ketika ini.

Lebuhraya kendalian PLUS yang terlibat ialah Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), Lebuhraya Persekutuan Laluan 2 (FHR2), Lebuhraya Seremban Port-Dickson (SPDH), Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lintasan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua), Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) dan Jambatan Pulau Pinang.

PLUS turut menjelaskan kali terakhir syarikat ini menaikkan kadar tol di lebuh raya adalah pada tahun 2005.

Petang ini, lapan lapan syarikat konsesi lebuhraya telah mengumumkan kenaikan kadar tol, antaranya melibatkan Lebuhraya DUKE, AKLEH, GCE, LATAR, LKSA, NPE, LEKAS dan Besraya.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

judi bola euro parlay situs mix parlay euro 2024 sbobet88 bandar bola euro 2024 dominoqq bandarqq bandar qq situs bandarqq pkv games pokerqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games bandarqq