Lebuhraya NPE, Besraya & LEKAS turut laksana kenaikan tol mulai 15 Okt

By  |  0 Comments

map_BESRAYA_NPE_KESAS

IJM Corporation Berhad, pengendali konsesi Lebuhraya Pantai Baru (NPE), Besraya dan Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) turut mengumumkan kenaikan kadar tol yang bakal dilaksanakan mulai 15 Oktober ini.

Bagi NPE, kadar baharu tol di Plaza Tol Pantai Dalam dan Plaza Tol PJS5 bagi kenderaan yang mempunyai dua gandar dan tiga atau empat roda kecuali teksi dan bas kini menjadi RM2.30, kenderaan yang mempunyai dua gandar dan lima atau enam roda (kecuali bas) RM4.60 dan kenderaan yang mempunyai tiga gandar atau lebih (kecuali bas) RM6.90.

Manakala kadar bagi Plaza Tol PJS2 adalah kekal seperti sebelum ini iaitu kenderaan yang mempunyai dua gandar dan tiga atau empat roda (kecuali teksi dan bas) pula adalah RM1.00, kenderaan yang mempunyai dua gandar dan lima atau enam roda (kecuali bas) RM4.60 dan kenderaan yang mempunyai tiga gandar atau lebih (kecuali bas) RM6.90.

Di Besraya pula, kenaikan kadar tol melibatkan plaza tol utara/selatan Mines iaitu kenderaan yang mempunyai dua gandar dan tiga atau empat roda kecuali teksi dan bas adalah RM2.00. Bagi kenderaan yang mempunyai dua gandar dan lima atau enam roda (kecuali bas) RM4.00 dan kenderaan yang mempunyai tiga gandar atau lebih (kecuali bas) RM4.00.

Bagi LEKAS pula, kadar baharu yang diumumkan ialah RM1.30, RM3.40, RM4.80 dan RM6 untuk plaza tol Semenyih, Pajam, Mantin dan Setul.

Sumber foto : Laman web rasmi IJM Corporation Berhad

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

judi bola euro parlay situs mix parlay euro 2024 sbobet88 bandar bola euro 2024 dominoqq bandarqq bandar qq situs bandarqq pkv games pokerqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games bandarqq pkv qq