Lebuhraya MEX, DUKE, SMART & SILK laksana kenaikan kadar tol mulai 15 Okt ini

By  |  0 Comments

TOL PLUS

Beberapa buah syarikat konsesi tol telah membuat pengumuman rasmi mengenai kenaikan kadar tol yang bakal berkuatkuasa mulai 15 Oktober ini.

Maju Expressway Sdn Bhd (MEX) telah mengumumkan kenaikan kadar tol baharu iaitu antara 20 sen dan RM3 di Plaza Tol Putrajaya dan Salak Selatan iaitu bagi Lebuhraya MEX.

Bagi kenderaan penumpang Kelas 1, peningkatan sebanyak RM1 akan dilaksanakan (menjadi RM3.50), RM7 untuk Kelas 2 (naik RM2),RM10.50 untuk Kelas 3 (naik RM3), RM1.80 untuk Kelas 4 (naik 50 sen) dan RM2.50 untuk Kelas 5 (naik RM1.20).

Lebuhraya Duta-Ulu Klang (DUKE) juga turut mengumumkan kadar tol baharu iaitu antara 30 sen dan RM1 di plaza tol Ayer Panas, Sentul Pasar dan Kampung Batu.

Bagi kenderaan penumpang Kelas 1, kadar tol baharu yang diumumkan ialah RM2.50 (meningkat sebanyak 50 sen) bagi plaza tol Ayer Panas, Sentul Pasar dan Kg Batu. Manakala teksi pula dari RM1 menjadi RM3, namun tiada peningkatan kadar tol bagi bas iaitu masih RM1.30.

SMART_TUNNEL_IK

Begitu juga dengan kadar tol terowong SMART yang akan dinaikkan dari RM2 kepada RM3.

Manakala kenaikan antara 40 sen dan RM2.40 pula akan dilaksanakan di plaza tol Lebuhraya Kajang-Silk seperti mana yang diumumkan oleh Sistem Lingkaran-Lebuhraya Kajang Sdn. Bhd (SILK).

Di mana kenderaan yang mempunyai dua gandar dan tiga atau empat roda (kecuali teksi dan bas) di Lebuhraya Kajang SILK kini menjadi RM1.80, kenderaan dua gandar dan lima atau enam roda (kecuali bas) RM3.60 dan kenderaan yang mempunyai tiga gandar atau lebih (kecuali bas) RM5.40.

Pada awal Julai lalu, Persatuan Syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM) membuat kenyataan, kadar kenaikan tol berjadual memberikan ruang kepada syarikat konsesi untuk menyerap kos pembiayaan dan penyenggaraan yang semakin meningkat secara lebih baik serta sebagai caj perkhidmatan.

Di mana kenaikan kadar tol ini bukan semata-mata berdasarkan perjanjian antara kerajaan dan operator tol, tetapi juga berdasarkan perjanjian antara operator tol dan pembiaya mereka.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *