Perodua sumbang dana sebanyak RM100k kepada Majlis Sukan Negara

By  |  0 Comments

Perodua3

Hari Sukan Negara yang berlangsung pada 10 Oktober lalu telah menarik jutaan rakyat Malaysia untuk menyertainya. Ini termasuklah 3,000 kakitangan Perodua yang turut memeriahkan lagi Hari Sukan Negara.

Pelbagai aktiviti sukan telah dianjurkan di Perodua Sentral, Petaling Jaya, sabtu lalu dan ia turut disertai oleh Menteri Belia & Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar. Malah beliau turut mengambil bahagian di dalam sesi senaman “body combat” bersama kakitangan Perodua.

Perodua2

“Perodua sentiasa mempromosikan gaya hidup yang sihat di dalam rutin harian kami. Malah kami turut menyokong sepenuhnya inisiatif ini dan menggalakkan rakyat Malaysia untuk menyertai aktiviti ini demi kesihatan yang lebih optimum,” ujar Presiden & CEO Perodua Datuk Aminar Rashid Salleh.

Dalam masa yang sama Perodua turut menyumbangkan dana sebanyak RM100,000 kepada Majlis Sukan Negara sebagai tanda sokongan untuk aktiviti akan datang menerusi program sukan.

Hari Sukan Negara ini disasarkan bakal dianjurkan saban tahun pada minggu kedua bulan Oktober dan ia bermula pada tahun ini. Ini sebagai inisiatif menggalakkan program hidup sihat di kalangan rakyat Malaysia.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *