Lorong kiri Lebuhraya Sprint ditutup tiga bulan mulai 5 Okt ini

By  |  0 Comments

mrt-sprint

Lorong paling kiri di Lebuhraya Sprint iaitu di Jalan Semantan akan ditutup selama tiga bulan bermula Isnin, 5 Oktober 2015, bagi kerja perparitan dan jalan di situ.

MMC-Gamuda dalam satu kenyataan berkata, penutupan sejauh 700 meter itu akan berkuatkuasa 24 jam sepanjang tempoh itu dan ia bermula dari hadapan 10 Semantan hingga ke persimpangan Jalan Damansara Endah.

Sepanjang penutupan itu, dua lorong dibuka untuk pengguna dari Kuala Lumpur menghala ke Petaling Jaya.

Dalam masa yang sama, satu lagi penutupan lorong paling kiri di persimpangan Jalan Kota menghala ke Jalan Semantan (arah PJ) selama tiga bulan juga bermula Isnin ini sehingga 31 Dis.

Menurut MMC-Gamuda, sepanjang penutupan 24 jam sehari itu tiga lorong dibuka untuk pengguna di Jalan Duta manakala satu laluan akan dijadikan susur masuk ke Jalan Semantan.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *