DRB-Hicom memperkenalkan program kad kesetiaan elit

By  |  0 Comments

DRB-Hicom telah memperkenalkan program kesetiaan baharu dengan melancarkan kad elit yang diberi nama Kad Elit DRB-Hicom. Ia merupakan program kesetiaan bagi menghargai para pengguna dengan poin apabila menggunakannya pada mana-mana aktiviti penjualan yang berkaitan.

Pemegang kad elit ini hanya perlu ‘swipe’ kad tersebut semasa pembelian untuk mendapatkan poin eksklusif.

Sebagai tambahan, pemegang kad ini boleh menebus hadiah eksklusif menerusi dalam talian melalui laman www.drb-hicomelite.com serta berpeluang untuk akses istimewa dari DRB-Hicom dan rakan rasmi elit. Ahli terpilih juga berpeluang menggunakan perkhidmatan bantuan trak tunda seluruh Malaysia.

Gerai pameran Kad Elite DRB-Hicom ini juga bakal dibuka di ALAMI Proton 2015, Pusat Kecemerlangan Proton Shah Alam, yang berlangsung mulai esok sehingga Ahad ini, dari jam 10 pagi hingga 7 malam.

Orang ramai boleh mendaftar terus di gerai berkenaan dan mendapat kad ini secara percuma. Ia hanya terbuka untuk pemilik baharu dan sedia ada mana-mana model Proton sahaja (bagi yang mendaftar di karnival ini).

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *