Honda, Toyota & Mitsubishi bakal menaikkan harga kenderaan akibat kejatuhan mata wang RM?

By  |  0 Comments

Honda_HRV_IK 002

Sebuah laporan yang diterbitkan oleh The Edge mengatakan bahawa tiga pengeluar kenderaan terkemuka Jepun iaitu Honda, Toyota dan Mitsubishi dijangka bakal menaikkan harga jualan kenderaannya akibat kejatuhan mata wang Ringgit.

Ternyata ia mengikut jejak langkah Hyundai yang telah menaikkan harga bagi modelnya iaitu Elantra, Veloster dan Santa Fe pada awal bulan ini.

Terbaru, ringgit yang semakin menurun iaitu mencecah RM4.40 bagi USD$1, merupakan nilai yang paling rendah pernah dicatatkan sejak tahun 1998.

toyota-vios 066

Laporan tersebut menyebut, harga model kenderaan terbabit akan meningkat pada bila-bila masa saja dan mungkin seawal 1 Oktober ini. Sama ada ia benar atau tidak, perkara ini masih belum disahihkan lagi tetapi ada kemungkinan besar ia terjadi berikutan nilai mata wang Malaysia yang menyusut.

Mitsubishi_Triton_2015_Ext 037

Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad, turut memberitahu sumber media berkenaan, peningkatan harga tersebut sebenarnya tidak akan mendorong kenaikan jualan.Sebaliknya, ia akan memburukkan lagi keadaan kerana pengguna semakin tertekan dengan faktor kewangan yang dihadapi.

“Bagaimanapun, ia bergantung pada had kos yang mampu diserap oleh syarikat-syarikat berkenaan disebabkan kerugian pertukaran mata wang asing ini. Kenaikan harga bukanlah suatu keputusan yang mudah untuk dilaksanakan dan setiap syarikat terbabit perlu membuat penilaian mengenainya,”ujar beliau lagi.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *