Jaguar F-Type Project 7 edisi terhad bakal dipamerkan secara eksklusif di Malaysia hujung minggu ini

By  |  0 Comments

Jaguar F-Type Project 7_Static

Sempena dengan Festival Motor Asia Klasika 2015, Jaguar Land Rover (Malaysia) (JLRM) turut mengambil kesempatan untuk mempamerkan secara eksklusif model edisi terhad Jaguar F-Type Project 7.

Festival Motor Asia Klasika 2015 bakal berlangsung pada 2 hingga 4 Okt ini di Tasik Pullman Putrajaya, memberikan peluang kepada para pengunjung untuk menyaksikan secara lebih dekat Jaguar F-Type Project 7 ini.

Selain itu, JLRM turut akan mempamerkan tiga lagi model Jaguar iaitu XJ, XF dan F-Type, sebagai meraikan ulang tahun ke-80 jenama itu.

Jaguar F-Type Project 7_Rear_Track

“Ini memberikan peluang kepada orang ramai khususnya peminat Jaguar untuk menyaksikan F-TYPE Project 7 iaitu sebuah supercar yang didamba-dambakan,” ujar Pengarah Urusan JLRM Tuan Syed Mudzhar Syed Ali.

F-TYPE Project 7 ialah kereta prestasi tinggi Jaguar yang pertama daripada pasukan Operasi Khas Jaguar Land Rover. Badan berbentuk roadster dengan ciri tersendiri ini merupakan penghormatan kepada salah satu kereta lumba Jaguar paling terkenal, yang kini dianggap sebagai ikon, iaitu Jaguar D-type yang menjuarai Le Mans sebanyak 3 kali. Kereta tersebut telah meraikan ulang tahun ke-60 pada 2014.

Jaguar F-Type Project 7_Side_Garage

Manakala nama F-TYPE Project 7 pula memperingati tujuh kemenangan nyata Jaguar di Le Mans. Kereta ini sah untuk kegunaan jalan raya, dengan bumbung boleh dibuka dan ruang muatan 196-liter.

Kuasanya dijana oleh enjin V8 5.0 liter pengecas lampau, dengan pacuan 575PS/680Nm, untuk membolehkan kenderaan berbadan aluminium penuh seberat 1585 kg tersebut mencapai pecutan dari 0-100km/j dalam masa 3.9-saat dan kelajuan tertinggi yang dihadkan secara elektronik sehingga 300km/j.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

judi bola euro parlay situs mix parlay euro 2024 sbobet88 bandar bola euro 2024 dominoqq bandarqq bandar qq situs bandarqq pkv games pokerqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games bandarqq