Peugeot 108 si comel yang penuh personaliti

By  |  0 Comments

108-b

Sebuah lagi jentera hatchback comel tetapi memilik cetusan prestasi tersendiri diperkenalkan oleh jenama kenderaan terkemuka dari Perancis ini. Model Peugeot 108 serba baharu ini buat pertama kalinya turut diperkenalkan sebagai model convertible.

Peugeot 108 ini disasarkan sebagai salah sebuah kenderaan paling ringan dalam segmennya hanya memiliki berat bermula 840kg. Ia bukan sahaja akan diperkenalkan dalam versi hatchback tiga pintu dan lima pintu, malah turut akan ditawarkan bagi versi cabrio yang digelar 108 TOP! dengan bumbung fabrik yang boleh direnggang (retractable) seperti mana yang diadaptasikan pada Citroen DS3 Cabrio dan Renault Twingo generasi ketiga.

Berbanding dengan model sedia ada, 108 serba baharu ini kelihatan lebih menawan dengan rekaan yang diilhamkan daripada 308. Model ini bersaiz 3.47m panjang dan 1.62m lebar.

108-e

Manakala bumbung convertible pula 76cm panjang dan 80cm lebar. Ia turut dilengkapi dengan versi ruang udara terbuka dengan pemesong aero-akustik yang mampu bertindak secara automatik bagi mengurangkan tahap kebisingan pada kabin.

Jentera ini turut direka bagi pengendalian yang penuh keselesaan bagi keadaan trafik di dalam bandar. Malah dengan saiznya yang comel, jejari pusingannya turut memuaskan iaitu 9.6m dan mampu mengelakkan halangan dengan begitu mudah terutamanya jika membuat pusingan U.

Malah rekaan luarannya juga tampil mempersona. Dengan jeriji yang nampak tegap pada bampar hadapan, lampu utama LED yang turut disertakan dengan lampu pencahayaan siang (DRL) dan lampu kabus melengkapi gayanya. Dengan kombinasi hitam dan krom turut memberikan karakteristik yang cukup dinamik. Logo singa yang menjadi kebanggaan Peugeot terletak cantik di bahagian tengah.

Manakala bahagian belakangnya seolah menerima sentuhan rekaan 3D. Dengan garisan melintang pada bampar belakang dan lampu belakang bersaiz besar turut menyerlahkan lagi gayanya.

108-g

Turut ditawarkan dengan dua pilihan saiz tayar iaitu 165/65 R14 atau 165/60 R15.

Imej kontemporari dan sofistikated seakan menjadi cerminan bagi rekaan di dalam kabin. Ia seperti rekaan bagi kenderaan premium yang lebih besar. Segala butang kawalan yang terletak pada papan pemuka disusun kemas dan mempunyai fungsi spesifik yang mudah dikendalikan.

Panel speedometer analog turut menerima rekaan menarik. Malah turut ditampilkan skrin LCD sebagai pemapar maklumat.

Tempat duduk pemandu boleh laras, skrin sesentuh bersaiz tujuh inci, butang penghidup enjin dengan sistem PEUGEOT Open & Go, serta fungsi kawalan automatik penghawa dingin antara elemen yang terdapat pada bahagian papan pemuka.

Warna kerangka juga tampil menarik dengan pilihan lapan tona termasuk dua daripadanya adalah eksklusif bagi model ini iaitu Aikinite dan Purple Berry. Bagi model hatchback tiga pitu pula ditawarkan dengan dua tona warna iaitu Purple Berry-Zircon Grey atau Diamond White-Aikinite. Manakala model 108 TOP! pula tampil dengan warna hitam, kelabu atau Purple Berry.

108-a

Peugeot 108 ditawarkan dengan pilihan enjin 1.0 liter e-VTi dengan kuasa 68hp dan transmisi manual lima kelajuan, enjin 1.0 liter VTi berkuasa 68hp dengan transmisi manual lima kelajuan, 1.0 liter Vti berkuasa 68hp dengan transmisi elektronik lima kelajuan dan 1.2 liter PureTech VTi berkuasa 82hp dengan transmisi manual lima kelajuan.

Kesemua model turut dilengkapi dengan aspek keselamatan seperti Hill Start Assist, ABS, EBD, Emergency Collision Braking System dan ESP.

Peugeot 108 serba baharu ini bakal ditayangkan di mata dunia di Geneva Motor Show 2014 yang bakal berlangsung pada 4 Mac ini. Malah Peugeot turut menyasarkan bakal menjual model ini bagi pasaran UK pada 1 Julai 2014.

108-i

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *