Volkswagen Scirocco & Scirocco R 2014 memang hangat!

By  |  0 Comments

Scirocco14

Volkswagen Scirocco merupakan antara jentera sports coupe yang mendapat perhatian ramai. Menyedari hakikat ini, Volkswagen telah mengambil keputusan untuk mempamerkan Scirocco dan Scirocco R versi 2014 awal Mac ini iaitu sempena dengan Geneva Motor Show.

Mengimbas kembali memori 40 tahun dahulu, di mana Volkswagen telah menampilkan model pertama Scirocco di dalam Geneva Motor Show 1974, kali ini giliran model dinaik taraf pula menyusul. Menerima suntikan yang lebih segar, jentera sports coupe yang sungguh hensem ini pastinya mampu meraih perhatian umum seperti mana model terdahulu.

Scirocco-c

Memilih untuk memproduksikannya mengikut casis MK6 Golf berbanding platform baharu MQB, daripada sudut luaran, rekaannya tidak jauh berbeza berbanding model terdahulu.

Scirocco 2014 ini ditampilkan dengan lampu utama bi-xenon yang dilengkapi lampu pencahayaan siang (DRL) LED, bampar hadapan yang lebih diperkemas kinikan, rekaan semula lampu belakang yang disesuaikan dengan bampar yang lebih tajam dan permukaan but yang lebih solid.

Malah ia juga bakal dipadankan dengan rim aloi dengan rekaan baharu serta set meter tambahan untuk suhu bahan api, kronometer dan tekanan pengecas turbo.

Scirocco7

Tidak lupa untuk mengemas kini rekaan kabin, model naik taraf Scirocco ini juga dipadankan dengan roda stereng balutan kulit, sistem aliran udara baharu dan rekaan meter yang diilhamkan daripada Golf GTI.

Selain daripada itu, sistem audio “Dynaudio excite”, sistem Bantuan Parkir dan ruang penyimpanan storan di sebelah pedal brek tangan antara elemen baharu yang ditampilkan.

Scirocco 2014 tampil dengan tiga varian enjin petrol iaitu 1.4 liter yang berupaya menghasilkan kuasa maksimum sehingga 123hp, 2.0 liter (177hp) dan 2.0 liter TSI (217hp). Manakala varian diesel pula dipadankan dengan enjin 1.4 liter yang mampu memberikan kuasa maksimum sehingga 148hp dan 2.0 liter TDI (181hp).

Kesemua varian dilengkapi dengan transmisi manual enam kelajuan atau DSG tujuh kelajuan.

Bagi Scirocco R pula, ia juga tampil tidak jauh berbeza berbanding model terdahulu. Tetapi diberikan elemen baharu iaitu dengan bampar yang lebih garang dan rim aloi rekaan terkini.

Scirocco9

Secara mekanikal pula, ia dipadankan dengan enjin 2.0 liter pengecas turbo yang mampu menghasilkan kuasa maksimum sehingga 276hp (peningkatan sebanyak 15hp berbanding model terdahulu).

Dijadualkan bakal berada di pasaran Eropah bermula Ogos ini dan disusuli dengan beberapa buah negara lain seperti Korea Selatan, Australia, Rusia, Argentina serta China.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *