GreenTech Malaysia & The New Motion menterai MoU untuk memproduksi pengecas EV – Malaysia akan menjadi hab serantau

By  |  0 Comments

GreenTech Malaysia and The New Motion MoU signing

Industri automotif Malaysia kian serius di dalam memasarkan kenderaan elektrik (EV), walau pun masih baru namun ia makin mendapat sambutan. Cuma kekangan fasiliti yang diperlukan terutamanya kemudahan mengecas kenderaan terbabit membuatkan pasarannya apatah lagi pemilikannya masih belum meluas.

Melihat akan kekurangan yang ada ini, The Malaysian Green Technology Corporation (Green Tech Malaysia) telah mengorak langkah lebih agresif telah menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan The New Motion di International GreenTech & Eco Products Exhibition and Conference Malaysia (IGEM) 2015 pagi tadi. Perjanjian persefahaman ini adalah bagi jalinan usahasama untuk menghasilkan stesen pengecasan EV menerusi rangkaian ChargEV.

The New Motion adalah syarikat yang berasal dari Netherlands ini telah membekalkan banyak stesen pengecas di negara-negara Eropah. “Setakat ini kami telah memiliki 18,000 stesen pengecas di Netherlands, Belgium, Jerman, Perancis, United Kingdom dan Norway,” ujar pengasasnya Ritsaart van Montfrans.

Sambungnya lagi, pihaknya sangat berbangga kerana dapat menjalinkan usahasama dengan GreenTech Malaysia untuk membawakan segala kepakaran teknikal mengenai teknologi ini bagi pengguna EV di Malaysia.

Selain sokongan terhadap pembangunan rangkaian ChargEV ini, usahasama ini juga bakal menyaksikan penggunakan kepakara teknikal The New Motion untuk pembuatan perkakasan pengecasan dan perkara yang berkaitan. Malahan, GreenTech Malaysia juga merancang untuk menjadikan Malaysia sebagai hab serantau bagi stesen pengecas ini.

GreenTech Malaysia mensasarkan bakal melancarkan sekitar 300 pusat pengecas EV di seluruh negara pada tahun 2016 dan menjangkau sebanyak 25,000 menjelang tahun 2020.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *