Penutupan laluan di Lebuhraya Cheras-Kajang selama sebulan mulai esok

By  |  0 Comments

Cheras-kajang-highway

MMC-Gamuda KVMRT Sdn Bhd telah mengeluarkan kenyataan berhubung dengan penutupan jalan sepanjang 200 meter di Lebuhraya Cheras-Kajang untuk kerja-kerja pembinaan MRT selama sebulan, mulai esok.

Menurut kenyataan tersebut, penutupan ini melibatkan laluan kanan arah Kuala Lumpur di lebuhraya terbabit iaitu dari KM14.6 hingga KM14.8. Ia akan ditutup selama 24 jam sehari mulai 11 Sept sehingga 11 Okt bagi kerja-kerja mengecat pada laluan MRT terbabit, memetik laporan The Star.

Sehubungan itu, empat laluan akan dikecilkan menjadi tiga laluan dari persimpangan 704. Sila rujuk peta di atas untuk maklumat laluan.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *