Keputusan Fasa Ketiga ASEAN NCAP akan dikeluarkan penghujung April atau awal Mei ini

By  |  0 Comments

asean-ncap-alza-2013

Sebelum ini, keputusan bagi Fasa Ketiga ASEAN NCAP dijangka bakal dikeluarkan Mac ini. Namun di atas faktor-faktor yang tidak boleh dielakkan, ia hanya boleh diumumkan pada akhir April atau awal Mei ini.

Menurut Ketua Unit Kejuruteraan Keselamatan Pelanggaran MIROS, Azhar Hamzah, dalam kenyataan akhbarnya menyebut, penangguhan ini berpunca daripada pertimbangan atas dasar keselamatan majlis dan para peserta ekoran keadaan politik yang tidak menentu di Bangkok.

Walau bagaimanapun, pihak ASEAN NCAP turut berharap keadaan akan kembali stabil dalam tempoh terdekat ini bagi meneruskan perancangan untuk menganjurkan program yang sama di Bangkok iaitu dalam tahun ini juga.

Hari Terbuka Fasa Ketiga di mana keputusannya bakal diumumkan, mungkin akan berlangsung di Malaysia (di lokasi yang sama dengan ‘Plan B’) berbanding di Thailand.

Ujian bagi Fasa Ketiga ini melibatkan beberapa jenis kenderaan termasuklah pikap serta kereta buatan India, China dan Perancis. Malah model kereta pemanduan sebelah kiri turut akan diuji buat pertama kali.

Ia juga turut akan dilakukan di makmal Japan Automobile Research Institute (JARI), yang terletak di Tsukuba, Jepun dibantu oleh Australasian NCAP. Fasiliti JARI telah dilantik oleh ASEAN NCAP sebagai makmal ujian rasmi dan ia merupakan program makmal ujian pertama terletak di luar Asia Tenggara.

Malah ujian juga akan dijalankan buat pertama kalinya di KATRI, Korea, dengan kerjasama Korea NCAP.

Terdapat 11 model, di mana dua daripadanya merupakan model kategori paling bawah dan premium. Ia diuji dengan jangkaan bakal mengeluarkan 13 keputusan pada akhir Fasa Ketiga ini.

Fasa Pertama telah pun diumumkan pada Februari 2013 yang lalu, manakala Fasa Kedua pula pada Ogos tahun yang sama.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *