Toyota Prius 1.8 model 2009 hingga 2013 ditarik balik (recall)

By  |  0 Comments

2012toyotaprius006

Melalui kenyataan akhbar yang dikeluarkan pada hari ini, Toyota Motor Corporation (TMC) telah mengumumkan kempen perkhidmatan istimewa atau lebih tepat sebagai ‘ditarik balik’ (recall) untuk model Toyota Prius 1.8.

Program ini hanya melibatkan Prius buatan tahun 2009 sehingga 2013 seluruh dunia. Di mana ia turut membabitkan sebanyak 6,160 unit Prius di Malaysia.

Isu ini berikutan terdapat masalah pada beberapa perisian yang digunakan untuk mengawal boost converter di dalam inverter yang digunakan pada Prius yang mungkin boleh menyebabkan senario yang agak teruk. Di mana lampu amaran akan menyala dan ia mungkin menyebabkan mod keselamatan kenderaan terbabit gagal berfungsi dengan mengurangkan kuasa penggerak.

Oleh itu, perisian ini perlulah diprogramkan semula iaitu melibatkan Motor Generator Control ECU dan juga Power Management Control ECU pada Prius 1.8 terbabit.

Walau bagaimana pun, menurut Toyota Motor (UMWT), buat setakat ini tiada lagi laporan yang dibuat mengenai kegagalan perisian terbabit. Namun demikian, untuk memastikan kenderaan para pelanggan masih selamat digunakan, maka UMWT akan menghubungi semua pelanggan terbabit untuk program ini tanpa melibatkan sebarang kos.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *