Rolls-Royce Dawn lambang kemewahan yang tiada tara

By  |  0 Comments

P90196577-highRes

Rolls-Royce Dawn telah pun muncul secara rasminya di peringkat global malam tadi. Ia bagai memulakan era baharu kenderaan yang bumbungnya boleh dibuka (open-top) super mewah.

Rolls-Royce Dawn baharu mengambil inspirasi daripada Silver Dawn. Pada masa yang sama menawarkan sebuah jentera super mewah pertama di dunia dengan satu interpretasi yang kontemporari, hebat tentang bagaimana sebuah jentera convertible empat tempat duduk patut ada pada tahun 2015.

Sama seperti Silver Dawn drophead tahun 1952, Rolls-Royce Dawn berbeza berbanding model-model Rolls-Royce yang lain apabila menampilkan 80 peratus panel badan yang unik.

Rolls-Royce Dawn baharu ini menampilkan rekaan luaran yang menarik dan elegan serta merupakan Rolls-Royce yang paling menyerlah setakat ini. Sekali gus membawa aspek kehalusan buatan dan sofistikasi ke satu tahap baru untuk sebuah drophead coupé.

Rolls-Royce Dawn mengekalkan prinsip reka bentuk Rolls-Royce iaitu 2:1 ketinggian roda dengan ketinggian badan kereta, bonet panjang, unjuran (overgang) hadapan pendek, unjuran belakang panjang, grafik belakang yang elegan dan garis bahu yang tinggi.

Penampilan bahagian hadapan yang berkuasa dan menarik memberikannya rupa yang bergaya dan maskulin. Sementara garis sisi yang berani itu menjadi lebih menarik apabila ia melalui lekuk roda belakang, menyempurnakan treknya yang lebih lebar.

P90196603-highRes-e1441728730639

‘Wake channel’ yang tirus pada bahagian bonet yang datang dari sayap Spirit of Ecstasy itu membangkitkan pemandangan seperti kesan wap jet, menggambarkan dinamik kereta ini. Dengan garis bahu yang tinggi, tiang C tebal dan bukaan tingkap sisi horizontal yang nipis, apabila dilihat dari arah sisi dan atas, kereta ini kelihatan seperti sebuah ‘hot-rod’ yang rendah.

Di bahagian hadapan, gril dikecilkan kira-kira 45mm. Manakala bahagian bawah bampar dipanjangkan sebanyak 53mm berbanding Wraith. Ini dibuat untuk memfokuskan mata kepada ruang pengambilan udara dan menjadikan kereta tersebut rasa lebih fokus, walaupun ketika ia tidak bergerak.

Fokus perhatian gril dan bampar terletak pada garis-garis horizontal kereta, berbanding garis-garis vertikal yang ada pada model Rolls-Royce lain. Bamparnya kini disekalikan dengan bingkai nombor plat dan corong udara yang lebih rendah.

Bilah-bilah krom itu pula bertindak memantapkan lagi penampilan. Selain menyempurnakan garis-garis horizontal dan membuatkan mata melihat ke seluruh bahagian kereta, serta meningkatkan tanggapan mengenai kuasa dan kelebarannya.

P90196600-highRes

Bentuk bumbung lembutnya (soft top) sangat harmoni dan homogen tanpa ada bahagian yang kelihatan cekung dan buruk atau topang tajam sebagaimana yang boleh dilihat pada soft top pengeluar kenderaan lain. Sebagai tambahan, rim baharu bersaiz 21 inci yang dikilatkan serta rim 21 dan 20 inci yang dicat memastikan Dawn dihasilkan dengan sempurna, sekali gus menyerlahkan kemewahan kontemporari Rolls-Royce.

Pada bahagian belakang kereta yang kelihatan mengembang dilihat kembali meruncing pada hujungnya. Ia seakan-akan meniru reka bentuk elegan model-model awal drophead coupe, malah kereta yang dilancarkan pada awal abad ke-20 itu memberi inspirasi kepada mereka.

Bumbung soft-top yang boleh diturun dengan senyap itu mengubah Rolls-Royce Dawn dan memberikannya momen yang sebenar. Dengan luaran berwarna biru gelap (Midnight Sapphire) dan bahagian dalamannya dibalut kulit berwana merah (Mandarin), malam menjadi seperti siang apabila cahaya matahari mula menerobos, menawarkan ruang sosial ini dengan kemungkinan yang lebih luas.

Garis sisi yang diperbuat daripada besi tahan karat dan membalut seluruh kabin turut merangkumi bahagian dek yang menutup bumbung apabila ia disimpan. Ia juga diintegrasikan dengan lampu brek yang berada pada kedudukan sedikit tinggi.

Kemasan besi yang cantik ini nyata harmoni dengan besi tahan karat pada hendal pintu, rim berkilat, ekzos yang jelas kelihatan serta perhiasan mewah pada bampar hadapan dan belakang untuk menghasilkan penampilan serta rasa yang tidak ternilai harganya.

Impresi pertama ketika masuk ke dalam Dawn ialah empat tempat duduk jenis separa lekuk (bucket) yang berasingan itu diletak di tengah-tengah material kulit dan kayu. Konsep kedudukan seperti lastik itu bermula dari pos A (A-post) pemandu hinggalah ke bahagian belakang kereta, mengelilingi tempat duduk belakang sebelum kembali ke tiang A.

Kemasan kayu pada permukaan dipadankan dengan konsol tengah dalam corak sama yang mengarah ke arah hadapan dan memberikan rasa bergerak ke hadapan.

Dail instrumen juga menerima penambahbaikan yang tidak terlalu ketara dengan setiap satunya mempunyai gegelung besi di sekelilingnya, seakan-akan menggambarkan ketepatan rekaan jam tangan mewah buatan tangan.

Manakala warna krom matt kelihatan seperti terapung di tengah-tengah setiap instrumen. Sebagai tambahan, sebuah jam dengan reka bentuk baharu bersama nama baru kereta ini juga telah diperkenalkan.

Ia turut menampilkan sistem audio tempahan khas (Bespoke) Rolls-Royce telah menerima kalibrasi unik, khas untuk Rolls-Royce Dawn.

P90196574-highRes

Sebanyak 16 unit pembesar ditala satu persatu dengan talaan teater dan studio demi menawarkan sensasi bunyi yang terbaik. Dua unit pembesar suara bass di dalam but melengkapkan tujuh unit tweeter yang diletakkan di ruang kabin.

Semua model Rolls-Royce dikuasakan oleh enjin 6.6 liter turbo berkembar V12. Dengan kuasa mencecah 563bhp atau 420kW @ 5,250rpm dan tork setinggi 780Nm atau 575 lb ft @ 1,500rpm, pengalaman memandu Dawn memang tiada tandingannya.

Dawn mengekalkan karekter tipikal stereng Rolls-Royce yang memberi maklum balas terbaik kepada pemandu. Ini bagi memastikan kereta mudah dipandu dengan tepat. Pada masa yang sama menawarkan rasa selamat, walaupun pada kelajuan tinggi, sama ada bumbung dibuka atau sebaliknya.

Ia turut menawarkan pelbagai teknologi pintar termasuk Kawalan Rotari Spirit of Ecstasy yang merangkumi satu pad sentuh yang membolehkan pemandu menulis huruf di atasnya. Selain boleh menatal (scroll) menu fungsi dengan memutar dial krom dan tekan untuk memilih fungsinya.

Maklumat daripada Paparan Multimedia dan sistem Navigasi yang telah ditambah baik dipaparkan dengan skrin berdefinisi tinggi bersaiz 10.25 inci.

Sistem Kawalan Jelajah Automatik membantu mengurangkan pengubahsuaian jarak dan kelajuan dengan kerap.

Perisian baharu untuk radar dan kamera yang diletakkan di pada bampar hadapan dan bahagian tengah cermin utama menawarkan maklum balas lebih pantas. Ini termasuklah brek lebih awal untuk keadaan yang tidak terduga.

Sekiranya situasi buruk berlaku, Dawn akan mengaktifkan sistem perlindungan terbalik dari arah belakang perehat kepala dalam tempoh yang sangat singkat. Sistem sehala kemudian menguncinya. Perlindungan terbalik ini turut merangkumi keseluruhan cermin utama kereta.

Dinamik pemanduan Rolls-Royce Dawn dipertingkatkan melalui Transmisi Bantuan Satelit untuk membolehkan kereta ‘melihat’ melangkaui apa yang boleh dilihat oleh pemandu, sekali gus menentukan apa langkah seterusnya berdasarkan kepada lokasi dan gaya pemanduan.

Ini bagi memastikan pemandu dapat mengeksploitasi sepenuhnya kuasa daripada enjin 6.6 liter twin-turbo V12 Rolls-Royce dan menawarkan pengalaman pemanduan yang lancar.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *