Renault Megane serba baharu tidak sabar untuk munculkan diri

By  |  0 Comments

Renault_Megane_2016_1

Renault Megane serba baharu bakal muncul pada minggu hadapan di Frankfurt Motor Show. Sebelum itu, Renault telah menyebarkan beberapa foto menerusi Internet.

Menurut Renault, hatchback ini lebih rendah berbanding model sedia ada iaitu sebanyak 25mm tetapi lebar lebar sebanyak 47mm di hadapan dan 39mm di belakang.

Malah saiz jarak rodanya juga lebih 28 mm, ini bermakna ia memberikan lebihan ruang dalaman terutamanya pada tempat duduk penumpang belakang.

Dan bagi menampakkan imej yang lebih menyerlah, pereka bahagian luarannya, Franck Le Gall, telah memendekkan overhang belakang dan mengaplikasikan kekemasan krom pada bahagian itu.

Renault_Megane_2016_5

Megane serba baharu ini juga lebih sporty terutamanya pada varian GT dengan penampilam rim Renault Sport 18-inci, warna baharu Iron Blue dan bampar hadapan dengan corong udara yang lebih besar. Ia turut dipadankan dengan gril berpatenkan ‘sarang lebah’.

Ia menjadi bertambah menarik dengan logo Renault Sport, kekemasan Dark Metal pada bahagian hadapan dan perumah cermin sisi. Malah kekemasan krom pada paip ekzos turut menambahkan kemantapan imejnya.

Mengenai mekanikalnya, tunggu perkembangan lebih lanjut dari Renault. Ops! Dengar ceritam Renault juga bakal menghasilkan versi wagon untuk model ini tidak lama lagi. Peh!

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *