Pembinaan Lebuhraya Kota Baharu-Kuala Krai berjalan lancar – Mustapa

By  |  0 Comments
Foto : Lebuhraya Central Spine Road

Foto : Lebuhraya Central Spine Road

Selepas pembukaan sebahagian Lebuhraya Central Spine Road (CSR) pada 14 Julai lepas iaitu jalan alternatif bagi pengguna jalan raya dari Selatan dan Kuala Lumpur (dari Bentong ke Gua Musang sejauh 390 km), satu lagi pembinaan lebuhraya di negeri berkenaan sedang rancak dijalankan.

Ia melibatkan pembinaan Fasa 1B dan 2A projek Lebuhraya Kota Baharu-Kuala Krai oleh kerajaan persekutuan dan setakat ini berjalan lancar dengan prestasinya melebihi peratus yang ditetapkan Jabatan Kerja Raya (JKR).

Projek lebuh raya Kota Baharu-Kuala Krai sepanjang 73.5 km dengan anggaran kos RM1.8 bilion itu melibatkan tiga fasa pembinaan dan majlis pecah tanah pelaksanaannya dilakukan pada April tahun lepas.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan berkata pembinaan Fasa 1B dijangka siap pada 2017 manakala Fasa 2A pada 2018.

Menurut Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed, pelaksanaan Fasa 1B dari Pasir Hor ke Kadok sepanjang 7 kilometer melibatkan kos RM168 juta telah mencapai 30.4 peratus siap berbanding 22.5 peratus yang ditetapkan oleh JKR.

Bagi pelaksanaan Fasa 2A dari Kadok ke Ketereh sepanjang 6.85 kilometer melibatkan kos RM137 juta sudah mencapai empat peratus siap berbanding 1.8 peratus yang ditetapkan oleh JKR.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *