Perodua Sentral dilancarkan – Lengkap dengan pelbagai fasiliti termasuk kaunter JPJ

By  |  0 Comments

EMY_0324

Setelah mula beroperasi sejak awal Mei lalu, Perodua Sentral yang terletak di Seksyen 19, Petaling Jaya, telah pun dilancarkan secara rasminya pada pagi Jumaat lalu.

Perodua Sentral ini merupakan pusat sehenti bagi para pelanggan yang ditawarkan perkhidmatan yang lebih meluas termasuk memfokuskan operasi jualan dan perkhidmatan selepas jualan.

“Perodua Sentral ini merupakan personafikasi bagi Inisiatif Transformasi kami untuk menjadi lebih kompetetif di peringkat global. Bangunan ini dilengkapi dengan pelbagai fasiliti terbaik yang boleh kami tawarkan kepada para pelanggan,” ujar Presiden & CEO Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh.

AMIN0751

Pelancaran Perodua Sentral ini disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Dato’ Sri Mustapa Mohamed dengan disaksikan oleh Pengerusi Perodua, Tan Sri Asmat Kamaludin dan juga Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Dato’ Sri Ismail Ahmad.

Menurut Aminar lagi, Perodua kini turut menawarkan program kesetiaan pelanggan menerusi UFirst, di mana dari pembelian kenderaan sehinggalah ke pemberitahuan tentang servis dan juga membaharui cukai jalan, semuanya akan dimaklumkan terus kepada para pelanggan.

Selain pusat jualan dan perkhidmatan servis, Perodua Sentral juga menyediakan kaunter mini bagi urusan JPJ, kafe, mesin pengeluaran automatik (ATM) dan servis Kenderaan Pra-Milik (POV) untuk pelanggan yang ingin menukar kenderaan Perodua lama mereka kepada model yang baharu.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *