Renault Clio RS 200 EDC bersedia dilancarkan di Malaysia?

By  |  0 Comments

Clio4

Foto spyshot kali ini adalah sumbangan dari saudara Aero yang berjaya mengesan kehadiran Renault Clio RS 200 EDC di KL baru-baru ini.

Walau pun pernah diperkenalkan di Malaysia setahun yang lalu, namun kemunculan jentera hatchback penuh berkuasa ini bagai menandakan ia sudah bersedia untuk ditempah, sekali gus memeriahkan lagi jalan raya di sini.

Dijanakan oleh enjin 1.6 liter turbo, ia mampu memuntahkan kuasa maksimum sehingga 200 hp dan tork 240 Nm serta dipadankan dengan kotak gear Efficient Dual Clutch enam kelajuan. Dengan dua pilihan casis iaitu Sport dan Cup, ia juga mempunyai dua varian iaitu Standard dan Trophy. Ia turut dipadankan dengan R.S Drive dan menawarkan tiga mod pemanduan iaitu Normal, Sport dan Race.

Bilakah ia bakal rasmi dilancarkan untuk pasaran Malaysia? Adakah pada awal bulan hadapan sempena dengan pelancaran bilik pameran baharu Renault di Glenmarie, Shah Alam? TC Euro Cars Sdn Bhd selaku pengedar rasmi Renault di Malaysia pasti mempunyai jawapannya.

Tunggu dan lihat!

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *