Spyshot Proton P2-30A Global Small Car diuji pada waktu malam!

By  |  0 Comments

p2-30a-night-2

Melalui paparan Facebook milik AAM GoDrive, ini adalah gambar pertama Proton P2-30A Global Small Car yang diuji pada waktu malam. Walau pun diambil daripada bahagian belakang, sayangnya bentuk lampu belakangnya kurang jelas. Tetapi kemungkinan besar untuk model ini, pihak Proton tidak mahu ketinggalan menampilkan elemen terkini dan menarik termasuklah penggunaan lampu LED.

Kedudukan lampu belakangnya juga berada pada kedudukan melengkung menghampiri kerangka cermin sisi pintu belakang. Dan lengkungannya mengunjur ke bawah sehingga ke bahagian bampar. Malah bahagian belakangnya kelihatan berbentuk trapezium seperti gril hadapan.

Plat nombor bagi model prototaip ini terletak di bahagian atas bampar belakang dan kedudukannya sedikit besar. Apa pun tidak dipastikan adakah ia kedudukan kekal atau pun kebarangkalian akan dialih ke posisi lain pada peringkat akhir.

Kereta kompak daripada segmen-B ini dijangka bakal diperkenalkan pada suku pertama 2014. Apa komen anda mengenai reka bentuknya yang masih samar-samar ini? Kongsikan bersama Infokereta.com.

Ops! Terima kasih buat AAM GoDrive! Untuk anda yang berada di seantero Malaysia, Kalau terserempak dengan kereta ini, jangan lupa rakamkan foto dan hantarkan kepada Infokereta.com.

p2-30a-night-1

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *