Mitsubishi raikan Merdeka dengan tawaran hebat – Servis percuma, lanjutan waranti & rebat tunai

By  |  0 Comments

Triton_Adventure_Ext_02

Bagi meraikan sambutan Kemerdekaan negara kita yang ke-58 tahun, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) turut menawarkan ganjaran hebat termasuk program servis percuma, lanjutan waranti sehingga lima tahun dan juga rebat tunai sehingga RM7,000 untuk model Mitsubishi terpilih.

Sepanjang Ogos ini, pelanggan yang menempah dan mendaftar ASX, bakal menikmati program penyelenggaran percuma selama lima tahun dan juga tempoh waranti juga lima tahun. Bukan itu sahaja, semua pelanggan juga layak mendapatkan rebat tunai antara RM4,000 hingga RM7,000 (promosi hanya untuk model buatan 2015 sahaja). ASX 2WD ditawarkan pada harga RM114,044, sementara varian 4WD pula ialah RM128,180.

ASXdrive16

Kini, ASX turut didatangkan dengan model Sport Edition yang hanya terhad 60 unit sahaja. Ia tampil bersama antena sirip jerung, pelekat Ralliart, scuff plates dan pelindung bahagian belakang.

Bagi yang memilih model Triton serba baharu pula, bakal menerima servis percuma selama dua tahun dan wang tunai apabila menjual kenderaan lama bagi memberi Triton ini.

Tawaran ini hanya sah untuk model serba baharu Triton VGT AT, VGT MT dan varian MT sahaja. Triton serba baharu ini berharga antara RM67,000 hingga RM108,000. Harga ini adalah untuk atas jalan, tanpa Insuran, berserta GST bagi pendaftaran persendirian di Semenanjung Malaysia (tidak termasuk Langkawi).

Sebagai tambahan, pemilik kenderaan Mitsubishi juga layak menyertai Program Kesetiaan Eksklusif Mitsubishi dengan cara menukar kenderaan mereka dan membeli mana-mana model baharu Mitsubishi. Tawaran ini sah sehingga 31 Mac 2016 sahaja (tertakluk pada terma dan syarat).

Ia turut menawarkan pakej servis percuma selama lima tahun termasuk melibatkan beberapa alat ganti termasuk minyak enjin, cecair brek, cecair penyejuk, cecair transmisi dan beberapa lagi serta kos buruh.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *