Pendaftaran VEP secara dalam talian mungkin dilanjutkan

By  |  0 Comments

Linkedua-Expressway

Pendaftaran Caj Jalan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang sebelum ini dilaporkan berakhir pada 1 September ini, dikhabarkan bakal dilanjutkan pada tarikh yang bakal diumumkan, laporan akhbar The Star.

Caj Jalan ini adalah untuk Permit Masuk Kenderaan (VEP) bagi kenderaan asing yang memasuki Malaysia melalui Johor.

Sekiranya gagal untuk mendaftarkan Caj Jalan ini, mereka tidak akan dibenarkan masuk ke negara ini. Pemilik kenderaan terbabit hanya dikenakan bayaran sebanyak RM10 untuk Caj Jalan ini, yang sah sehingga tempoh lima tahun.

Menurut Datuk Hasni Mohammad, Pengerusi Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Jawatankuasa Kemajuan Wilayah Negeri Johor, implementasi VEP ini akan dilaksanakan mulai 1 Oktober ini, namun pendaftaran secara dalam talian “perlu dilanjutkan selepas 31 Ogos”.

“Jangkaan yang diberikan iaitu dalam tempoh dua minggu sebenarnya tidak mencukupi. Tidak ada gunanya pendaftaran ini dilakukan secara tergesa-geasa,” ujarnya.

Pada awal Ogos lalu, Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata, pendaftaran ini adalah mandatori, yang telah bermula di dalam talian mulai 15 Ogos ini, diaplikasikan untuk semua kenderaan persendirian, bas awam, teksi, kenderaan barangan termasuk kereta para diplomat.

Beliau turut menambah, walau bagaimana pun, kenderaan milik kerajaan, motosikal, bas awam dan teksi akan dikecualikan daripada bayaran VEVm tetapi masih perlu didaftar di bawah JPJ.

Sumber foto : http://en.m.wikipedia.org/wiki/File:Linkedua-Expressway.JPG

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *