Perodua tawar bantuan untuk mangsa banjir di Lembah Klang & Selangor

By  |  0 Comments

Axia_Ext_04

Ekoran banjir kilat yang melanda beberapa kawasan di Lembah Klang dan Selangor baru-baru ini, Perodua telah menawarkan bantuan kepada semua pemilik kenderaan Perodua yang terjejas akibat bencana alam tersebut.

Menurut Perodua, bantuan yang ditawarkan adalah 20% diskaun bagi alat ganti terpilih (termasuk semua peralatan elektronik dan tempat duduk kenderaan) dan pemeriksaan percuma untuk menentukan jumlah kerosakan ke atas kenderaan.

“Pelanggan menjadi keutamaan kami dan perkhidmatan nilai tambah ini disediakan bagi membantu mengurangkan sedikit beban yang ditanggung pelanggan kami semasa bencana ini,” kata Presiden dan CEO Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh.

Pelanggan Perodua diminta menghantar kenderaan Perodua mereka ke pusat penyelengaraan Perodua yang terdekat. Terdapat 187 pusat penyelenggaraan Perodua di seluruh negara.

Mereka yang terjejas boleh menghubungi talian bebas tol Perodua di 1-800-88-5555 untuk bantuan khidmat menunda kenderaan (tertakluk kepada terma dan syarat).

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *