Mitsubishi ASX Sport Edition hadir hanya 60 unit & harga tetap sama

By  |  0 Comments

ASX-Sports-Edition

Selepas melancarkan model ASX Designer Edition pada November yang lepas, terbaru, Mitsubishi Motors Malaysia telah menghadirkan ASX Sport Edition pula.

Dengan jumlah yang terhad iaitu hanya 60 unit sahaja, ia hanya didatangkan bagi ASD 4WD dan edisi ini tampil bersama antena sirip jerung, pelekat Ralliart, scuff plates dan pelindung bahagian belakang.

Tiada perubahan harga, ia hanya RM128,180 berserta GST dan tanpa insurans. Malah ia juga tiada perubahan mekanikal iaitu masih menggunakan penjana kuasa yang sama dengan enjin 2.0 liter MIVEC bersama kuasa 150 PS dan tork 197 Nm. Ia juga dipadankan dengan kotak gear CVT. Model ini merupakan unit pemasangan tempatan (CKD) yang diproduksi di kilang Tan Chong, Segambut.

Bagi varian 4WD ini, ia turut ditampilkan dengan pedal penukar gear, kawalan kelajuan, bumbung panoramik, kemasukan tanpa kunci, butang penghidup enjin, pengesan parkir hadapan/belakang, kamera undur dan skrin sesentuh bersaiz lapan-inci bersama navigasi.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *