GALERI : Volkswagen Beetle Club Edition – Hanya 50 unit

By  |  0 Comments

BeetleClub_02

Sempena dengan Kuala Lumpur Fashion Week, Volkswagen turut mengambil kesempatan menayangkan model edisi terhad Volskwagen Beetle Club Edition. Walau pun tiada perubahan mekanikal, namun Beetle Club Edition ini tampil dengan suntikan kosmetik yang lebih tersendiri.

Walau bagaimana pun, Volkswagen Beetle Club Edition tidak mengguna pakai konsep dari Jetta Club Edition, ia lebih komprensif berbanding Jetta. Malah Beetle Club Edition turut menerima warna yang lebih menarik iaitu Habanero Orange Metallic.

Selain itu, perumah cermin sisinya pula ditampilkan dengan warna hitam, manakala rim aloi “Ravenna” bersaiz 17-inci yang dibaluti dengan tayar 215/55 Continental menjadi pilihan.Malah ia turut dihiasi dengan pelekat ‘Club’ pada skirt sisinya.

Pada bahagian kabinnya, kekemasan berwarna hitam merajai segenap ruang, bersama sentuhan ‘Calypso Orange’. Malah kekemasan ‘Twist Wave Dark’ turut menjadi pilihan pada bahagian papan pemuka dan konsol tengah bagi memberikan gambaran umpama material karbon tiruan.

BeetleClub_22

Manakala roda stereng dengan butang pelbagai fungsi turut terpapar perkataan ‘Club’ pada bahagian jejari bawahnya. Turut ditampilkan ialah unit kepala skrin sesentuh dengan sistem Komposisi Media.

Harga bagi Volkswagen Beetle Club Edition masih tidak diberitahu namun ia hanya diproduksi sebanyak 50 unit sahaja.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *