Gudang pembekal Honda di Melaka terbakar

By  |  0 Comments

nistrans-melaka

Honda Malaysia Sdn. Bhd. (atau Honda Malaysia) telah mengesah insiden kebakaran di gudang pembekal mereka, Nistrans Malaysia, di Melaka pada 3 Ogos yang lalu. Nistrans Malaysia merupakan syarikat yang memberikan perkhidmatan dalam pengurusan gudang serta membekalkan logistik kepada Honda Malaysia. Gudang ini menyimpan semua peralatan bagi model CKD Honda.

90% daripada keluasan 130,000 kaki persegi gudang tersebut telah musnah dan membabitkan 2,500 unit peralatan bagi model CKD Honda terjejas akibat kebakaran ini. Siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kebakaran.

Disebabkan insiden ini, Honda’s No. 1 Line terpaksa menghentikan operasi pengeluaran selama empat hari, sementara No.2 Line pula terjejas selama enam hari. Kini, kedua-dua produksi telah berfungsi seperti biasa.

Walau bagaimana pun, Honda Malaysia masih memantau situasi pembekalan peralatan tersebut dan menganalisa impak terhadap jadual produksi.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *