Op Selamat Aidilfitri 2015 catat 20,458 kemalangan & 330 kematian

By  |  0 Comments

PDRM-4

Op Selamat Aidilfitri 2015 yang berlangsung selama 15 hari mulai 10 Julai lepas sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri telah merekodkan sebanyak 20,458 kemalangan dan 330 kematian, menurut laporan Bernama.

Memetik kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 10.7 peratus iaitu sebanyak 1,974 kes berbanding 18,484 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

“Kes kemalangan maut turut mencatatkan peningkatan sebanyak 86 kes atau 39.6 peratus melibatkan 330 kematian. Ini menunjukkan perlunya pendidikan bagi memupuk kesedaran orang ramai untuk memandu secara berhemah diperhebatkan dan kita juga harus mendampingi bakal pemilik lesen baharu supaya mereka ini mempunyai kesedaran dan lebih bersikap bertanggungjawab,” katanya.

Ujarnya lagi, penunggang motosikal masih lagi merupakan golongan yang paling banyak terkorban akibat kemalangan jalan raya dengan kadar kematian sebanyak 200 kes atau 60.6 peratus.

Crash-accident-collision

Noor Rashid berkata kadar kematian tahunan yang direkodkan sekurang-kurangnya 6,000 kes yang melibatkan kos perubatan dan kerosakan kenderaan mencecah berbilion ringgit sekaligus menunjukkan perlunya pengurusan kemalangan jalan raya dengan lebih baik dan proaktif.

Beliau turut berkata pendidikan bagi kempen keselamatan jalan raya haruslah dibuat secara berterusan dan angka ini perlu dikurangkan sebanyak 20 peratus.

Foto : Facebook PDRM

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *