Jaguar Land Rover mempertimbangkan kilang pemasangan ASEAN di Thai & Malaysia

By  |  0 Comments

Jaguar_XJR_2016_3

Jaguar Land Rover (JLR) sedang mengkaji prospek bagi membangunkan kilang pemasangan kenderaan mereka di Asia memandangkan pasaran di rantau ini yang semakin berkembang. Antara negara yang telah disenarai pendek sebagai lokasi berpotensi ialah Thailand dan Malaysia.

Walau bagaimana pun, JLR akan membangunkan kilang pemasangan tersebut berdasarkan jumlah jualan tertinggi. Kini, kedua-dua model iaitu Jaguar dan Land Rover telah memperoleh jualan sebanyak 120 unit di Thailand namun sasarannya adalah antara 500 hingga 600 unit pada tahun ini.

Pengurus Besar Jaguar Land Rover Thailand, Serge Touron, berkata, pihaknya cukup optimistik dan yakin mereka akan mencapai jualan melebihi 1,000 unit setahun.

Jika JLR membangunkan kilang tersebut di Thailand, ini bermakna harga kenderaan terbabit di negara ini akan turun antara 20 hingga 40 peratus.

Malaysia juga mempunyai sebuah firma pemasangan untuk kenderaan Land Rover yang diuruskan oleh Sime Darby walaupun ia hanya berfungsi sebagai pasaran domestik dan dianggap satu operasi skala kecil.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *