Suzuki Grand Vitara 4Sport 2015 dilancarkan di Brazil

By  |  0 Comments

2015-suzuki-grand-vitara-4sport-e1437974637967

Suzuki Grand Vitara 4Sport 2015 telah pun dilancarkan di Brazil sebagai model edisi istimewa, dengan keupayaan prestasi off-road. Model ini pertama kali dipersembahkan di khalayak ramai menerusi format konsep pada tahun lalu di Sao Paulo Motor Show.

Jika dilihat daripada sudut luarannya, gaya yang penuh estetik merajai segenap ruang. Seakan memberikan maksud bahawa jentera ini tahan lasak penggunaannya. Ini termasuklah pada corong pengambilan udara yang ditampilkan memberikan persona yang lebih sporty dan bersesuaian dengan fungsinya sebagai jentera off-road.

Pada bahagian hadapannya, Grand Vitara 4Sport turut dilengkapi dengan gril berwarna hitam pekat dan bampar plastik. Manakala bahagian sisi dan belakangnya juga senada dengan imej yang dipertonjolkan.

2015-suzuki-grand-vitara-4sport-4-e1437974684261

Selain itu, perumah cermin sisi yang turut dicat dengan warna hitam dengan rim aloi kelabu pekat bersaiz 17-inci yang dibaluti tayar 245/65 menonjolkan lagi gayanya.

Sistem suspensinya juga telah dipertingkatkan sehingga 65 mm bagi menambahkan lagi prestasi off-road. Manakala warna putih dan perak yang disimbahi pada bahagian kerangka juga menampakkan ciri yang penuh maskulin.

Tiada perubahan pada bahagian mekanikalnya. Ia dijanakan oleh enjin petrol 2.0 liter dengan hamburan kuasa 140 hp pada 6,500 rpm dan tork setinggi 186 Nm pada 4,000 rpm. Transmisinya pula ditampilkan dengan dua pilihan, sama ada manual lima-kelajuan atau automatik empat-kelajuan.

2015-suzuki-grand-vitara-4sport-3-e1437974726550

Bagi bentangan di dalam kabin, ia turut dilengkapi dengan unit kepala 2-DIN, roda stereng bersama alat kawalan, sistem penghawa dingin automatik, kemasukan tanpa kunci, ABD dengan EBD serta dua beg udara.

Harga yang ditawarkan ialah R$95,990 (RM108,976) bagi varian manual, manakala untuk autopula ialah R$104,990 (RM119,194).

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *