Pertandingan Reka Bentuk Kereta Proton 2015 : Bagaimana menghasilkan pakej rekaan kenderaan secara lebih efektif?

By  |  2 Comments

Proton-Design-Competition-2015

Seperti mana yang pernah diwar-warkan sebelum ini, Pertandingan Reka Bentuk Kereta Proton 2015 kini telah pun bermula.

Pertandingan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang memiliki kad pengenalan yang sah dan ia terbahagi kepada dua kategori iaitu Kategori 1 adalah terbuka untuk pelajar sekolah berusia antara 13 hingga 17 tahun (yang lahir pada tahun 1998 hingga 2002).

Manakala Kategori 2 pula terbuka kepada individu yang berusia 18 tahun dan ke atas (lahir pada/sebelum 1997) dan hanya merupakan penyertaan individu sahaja. Penyertaan secara berkumpulan adalah tidak diterima.

Bagi membantu mendapatkan pencerahan mengenai pertandingan ini, Paultan.org dan Infokereta.com sempat berbual dengan Ketua Pereka Bentuk Proton, Azlan Othman, untuk mendapatkan lebih banyak tip dan panduan bagi anda yang berminat untuk menyertai pertandingan ini.

Proton Design Competition 2015

Kali ini, pertandingan yang bertemakan “Reka Sebuah Kereta Konsep Untuk Keluarga Malaysia” ini adalah bagi menghasilkan kereta bandar untuk tahun 2020. Ia juga menyelitkan syarat bahawa kereta berkenaan haruslah menggunakan teknologi yang boleh didapati dalam lingkungan 20 tahun yang akan datang. Adakah ini menandakan kereta ini bakal diproduksikan kelak?

Bagi tahun ini, karya bagi pertandingan ini diharap mampu menjangkau sempadan tanpa batasan. Di mana tema ‘kereta konsep’ ini dibawakan kerana kami mahukan penyertaan yang lebih berdays tinggi serta kreativiti yang lebih menyerlah. Kita mahukan sesuatu ‘yang benar-benar istimewa’. Oleh itu, para peserta akan diberikan panduan untuk menyerlahkan kreativiti masing-masing.

Seperti mana ya g dinyatakan, setiap penyertaan haruslah mengikut tema yang ditetapkan iaitu kereta untuk keluarga.

Semua orang sukakan kereta sport – ia mungkin mudah untuk direka bentuk kerana berpendapat ia hanya untuk satu atau dua penumpang sahaja. Anda boleh menzahirkan apa jua material dan proses yang eksotik untuk merekanya.

Proton-Design-Competition-2015-6

Namun, kita mahukan sesuatu yang lebih realistik dan praktikal, paling diutamakan, ia perlu sesuai untuk kegunaan seharian bagi rakyat Malaysia terutamanya yang berkeluarga. Serta menggunakan teknologi 20 tahun ke hadapan, iaitu yang bersesuaian untuk diaplikasikan dan pastinya lebih relevan.

Jadi, apakah kriteria yang dicari oleh pihak juri di dalam pemarkahan untuk penyertaan bagi tahun ini?

Berkenaan dengan kriteria, perkara pertama yang dititikberatkan ialah kesahihan, kedua adalah nilai estetika dan seterusnya konsep yang dibawakannya. Kali ini, pemarkahan bagi pembentangan (presentation) tidak dinyatakan. Soal itu, kita serahkan pada yang lebih arif untuk menentukannya.

Bagi kesahihan, apa yang dimaksudkan ialah hasil rekaan tersebut mestilah yang asli dan bersifat inovatif dengan cara yang tersendiri. Apa yang ingin anda zahirkan, serlahkan pada karya tersebut.

Kedua, yang dimaksudkan dengan estetika ialah idea tersebut perlulah yang relevan dan boleh diguna pakai. Lebih banyak usaha yang dilakukan, estetika itu akan dinilai lebih tinggi.

Bagaimana pula dengan konsep yang dipersembahkan? Setiap pereka harus tahu makna di sebalik rekaan, atau ia sekadar lukisan semata-mata. Konsep adalah sangat penting kerana ia akan menerangkan lebih mendalam apakah maksud yang ingin disampaikan oleh seseorang pereka.

Pada tahun ini, Proton juga memperkenalkan satu lagi keperluan baharu bagi penyertaan, iaitu pakej diagram kenderaan. Bagaimana setiap penyertaan harus disertakan dengan diagram seperti mana yang diperlukan?

Ini merupakan pakej yang paling penting kerana ia akan membawakan hasil yang lebih realiti. Selain menentukan penjana kuasanya, karya rekaan kereta ini perlu menampilkan diagram yang bersesuaian termasuklah penentuan keluasan ruang kabin dan ruang kargonya. Contohnya bagi ruang kabin, ia adalah sesuai bagi penumpang bersaiz 186.5 cm.

Jadi, peserta perlu membuat beberapa kajian data termasuk antropomorfik dan ergonomik yang mudah didapati.

Proton_Iriz_ 005

Mereka bentuk kereta, apa perkara yang perlu diberi keutamaan terlebih dahulu – ruang dalaman atau dimensi luaran?

Pertama, ia melibatkan keseluruhan pakej, termasuk casism enjin dan ruang dalaman. Kemudian, barulah anda akan membangunkan reka bentuk luaran bagi kereta terbabit. Mengenai enjin atau penjana kuasa, ia adalah bahagian yang paling kritikal, ini adalah kerana ia bakal mempengaruhi saiz dan memiliki banyak sudut yang perlu anda ikuti. Manakala bagi ruang kargo pula, anda perlu melihat kesesuaiannya.

Walau bagaimana pun, sebelum anda memulakan rekaan, anda perlu membuat keputusan, tujuan kereta tersebut diproduksi, ke manakah ia bakal dieksport, sudut emisi dan keperluan aspek keselamatan yang ditetapkan bagi pasaran berkenaan. Apabila perkara ini sudah diputuskan, maka ia akan memberikan kesan terhadap kereta yang dihasilkan ini.

Proton_Iriz_review_pandu_uji_ 078

Bagaimana menentukan ruang yang diperlukan bagi kabin dan kargo?

Paling penting, sila kaji ruang yang ditawarkan oleh model-model pesaing. Analisis ruang kabin terlebih dahulu, apakah keperluan yang benar-benar DIPERLUKAN. Kemudian kita nilai, adakah ia perlu saiz yang lebih besar atau mungkin sedikit kecil.

Bagi Proton, ruang but atau kargo adalah bahagian yang paling penting. Malah pasaran utama kami ialah domestik, jadi kita memerlukan sesuatu yang sangat diperlukan oleh rakyat Malaysia termasuklah bagi budaya ‘balik kampung’.

Tetapi bagi pakej dalaman, selalunya ruang but menjadi perkara kedua kerana jika penumpang tidak berasa selesa berada di dalam perut kereta atau pun kurang kompromi mengenai aspek keselamatan, ia akan membentuk satu kekurangan. Maka, kita sangat memandang serius aspek-aspek ini.

Ramai yang menganggap, jika ruang but lebih besar, ia memerlukan pertambahan bahagian belakang kenderaan. Namun sebenarnya pereka boleh menentukan pakej dalaman, kerana ia juga dipengaruhi dengan kedudukan tempat duduk belakang.

Bagaimana dengan pakej yang ditampilkan pada Iriz? Jika dilihat pada profil sisi, ia kelihatan sedikit tinggi pada bahagian hadapan, tetapi lebih pendek pada bahagian belakang. Apakah ketetapan, keperluan ruang dan ciri-ciri penting lain yang menggambarkan kereta tersebut?

Bagi Iriz, ia melibatkan sudut yang lebih unik di mana faktor utama yang dititik beratkan ialah enjinnya. Malah ia juga didatangkan dengan piawaian yang diperlukan bagi pasaran eksport kereta berkenaan, termasuk keseluruhan ukuran panjangnya. Contohnya di India, untuk mendapatkan insentif cukai bagi kereta kecil, kereta tersebut perlulah berukuran empat meter atau kurang. Itu yang dimaksudkan oleh keperluan yang unik.

Begitu juga dengan aspek keselamatan yang sangat dititik beratkan. Dari proses rekaan sehingga ke akhirnya, aspek keselamatan amat penting dan ia memberikan kesan dengan apa yang kami reka. Contohnya, bahagian bampar yang direka sedemikian rupa adalah bagi melindungi pejalan kaki, di mana ia membantu mengelakkan orang yang dilanggar daripada terperosok di bawah kereta.

Bagi mencapai penarafan lima bintang pula, bonet perlu direka sedemikian rupa, sebagai salah satu langkah sekiranya seseorang tercampak mengenainya, individu terbabit mungkin hanya menerima impak yang minimal di bahagian kepala dan mengurangkan risiko keretakan bahagian tengkorak.

Aerodinamik juga menambahkan kesan terhadap rekaan dan ia adalah bahagian yang juga penting bagi penghasilan kenderaan. Di mana ia mempengaruhi sasaran pekali seretan dan secara tidak langsung, memberikan penggunaan bahan api yang lebih efisien.

Bagaimana pula dengan ruang dalaman? Adakah rekaan sebegitu mampu membuatkan Iriz boleh memberikan lebih banyak ruang yang diperlukan?

Kita telah memaksimumkan jarak roda sedaya yang mungkin tanpa membuatkan kereta itu menjadi terlalu penjang. Kita mahukan ruang yang lebih selesa dan diperlukan. Apabila berada di dalamnya, ia juga memiliki ruang kepala yang lebih selesa.

Kedua, kita mahukan ruang belakang yang lebih lebar berbanding bahagian hadapan, iaitu lebih kurang 20 mm pada setiap bahagian. Ia mampu memberikan kestabilan yang lebih baik ketika kereta dipandu, malah membuatkan penumpang di bahagian belakang lebih selesa.

proton-iriz-ev-lg-korea-3

Adakah platform Iriz dibangunkan bagi model varian atau kerangka yang lain? Bagaimana ia direka bagi membuatkan ia sesuai digunakan bagi setiap model?

Ia memang sesuai untuk semua platform dan juga bentuk kerangka yang berlainan.

Bagi platform Iriz, kita juga sudah mempunyai varian EV yang sedang diuji. Bagaimana kita mampu menghasilkannya dengan begitu cepat? Ini kerana kita sudah pun dapat menentukan ruang yang bersesuaian untuk meletakkan baterinya.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

redmiqq bandarpkv bagiqq viralqq lonteqq serverpkv abangqq 788bola ligadunia365 resmibet 66mega https://halofkmusu.or.id/wp-includes/blocks/details/pokerqq/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/blocks/details/dominoqq/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/css/dist/patterns/parlay/ https://greenstem.swu.bg/wp-includes/bandarqq/ https://greenstem.swu.bg/wp-includes/getwin/ https://greenstem.swu.bg/wp-includes/dominoqq/ https://drfreezones.com/wp-content/docs/pkvgames/ https://drfreezones.com/wp-content/docs/bandarqq/ https://drfreezones.com/wp-content/docs/dominoqq/ https://royalindiantaste.be/wp-includes/bandarqq/ https://royalindiantaste.be/wp-includes/pkvgames/ https://royalindiantaste.be/wp-includes/dominoqq/ https://edp-ppend1.swu.bg/wp-includes/pkvgames/ https://edp-ppend1.swu.bg/wp-includes/bandarqq/ https://edp-ppend1.swu.bg/wp-includes/dominoqq/ http://s1.joost.com/ https://dbqpbvms.org/cr-7/bandarqq/ https://dbqpbvms.org/cr-7/pkvgames/ https://dlc.com.sa/bandarqq/ https://dlc.com.sa/pkvgames/ https://dlc.com.sa/dominoqq/ https://airportscouncil.org/wp-content/uploads/pokerqq/ https://airportscouncil.org/wp-content/uploads/bandarqq/ https://airportscouncil.org/wp-content/uploads/2024/slotgacor/index.html https://airportscouncil.org/wp-content/uploads/dominoqq/ https://airportscouncil.org/wp-content/uploads/pkvgames/ https://ladyblossomke.co.ke/wp-includes/bandarqq/ https://www.naturecure.org.in/naturecure/pkv/ https://ieomsociety.org/indonesia/wp-content/uploads/2020/pkvgames/ https://dbqpbvms.org/docs/parlay/ https://dbqpbvms.org/mixparlay/ https://dbqpbvms.org/bandarqq/ https://dbqpbvms.org/public/domino99/ https://www.dentalworldindia.com/web/bandarqq/ https://www.dentalworldindia.com/ind/99/ https://www.dentalworldindia.com/oral-care/pkv/ https://www.dentalworldindia.com/qiuqiu/ https://halofkmusu.or.id/wp-content/upgrade-temp-backup/bandarqq/ https://halofkmusu.or.id/wp-content/upgrade-temp-backup/pkvgames/ https://halofkmusu.or.id/wp-content/upgrade-temp-backup/qiuqiu/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/l10n/mixparlay/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/l10n/77rabbit/ https://halofkmusu.or.id/wp-content/plugins/elementor/halo-usu/dominoqq/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/interactivity-api/demo/slotdemo/ https://suarausu.or.id/wp-content/tutor/ https://suarausu.or.id/wp-content/web/qiuqiu/ https://suarausu.or.id/wp-content/public/mposlot/ https://suarausu.or.id/wp-content/public/slot77/ https://suarausu.or.id/wp-content/Apk/mt777/ https://suarausu.or.id/wp-content/Apk/rp777/ https://suarausu.or.id/wp-content/post/77rabbit/ https://www.ahcfacilities.com/docs/pkvgames/ https://c-lines.com/wp-includes/web/qiuqiu/ https://c-lines.com/project/dominoqq/ https://www.sorsicorti.it/gifts/pokerqq/ https://www.sorsicorti.it/gifts/pkvgames/ https://petrosains.com.my/wp-content/plugins/docs/bandarqq/ https://petrosains.com.my/wp-content/plugins/docs/pkvgames/ https://petrosains.com.my/wp-content/plugins/webs/dominoqq/ https://petrosains.com.my/wp-content/sains/77rabbit/ https://www.petronastwintowers.com.my/wp-content/plugins/towers/bandarqq/ https://www.petronastwintowers.com.my/wp-content/plugins/towers/dominoqq/ https://www.petronastwintowers.com.my/wp-content/plugins/towers/pkvgames/ https://www.apty.io/wp-includes/apty/bandarqq/ https://www.apty.io/wp-includes/apty/dominoqq/ https://www.apty.io/wp-includes/apty/pkvgames/ https://www.apty.io/wp-includes/games/parlay/ https://dap.apty.io/demo/slotdemo/ https://dap.apty.io/demo/slot777/ https://dap.apty.io/demo/mposlot/ https://dap.apty.io/demo/77rabbit/ https://wpsotp.schooloftomorrow.ph/sch-ph/qq/ https://neerajbhagat.com/bandarqq/ https://neerajbhagat.com/dominoqq/ https://neerajbhagat.com/pkvgames/