Pertandingan Reka Bentuk Kereta Proton 2015 sudah bermula

By  |  16 Comments

Proton Design Competition 2015

Pertandingan Reka Bentuk Kereta Proton 2015 kini kembali lagi. Kali ini membawakan tema “Reka Sebuah Kereta Konsep Untuk Keluarga Malaysia”, di mana rekaan yang diketengahkan haruslah melambangkan gaya hidup dan nilai-nilai sesebuah keluarga di Malaysia serta mempunyai sentuhan global. Kereta tersebut juga haruslah menggunakan teknologi yang boleh didapati dalam lingkungan 20 tahun yang akan datang.

Pertandingan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang memiliki kad pengenalan yang sah dan ia terbahagi kepada dua kategori.

Kategori 1 adalah terbuka untuk pelajar sekolah berusia antara 13 hingga 17 tahun (yang lahir pada tahun 1998 hingga 2002). Di mana setiap penyertaan terhad kepada tiga orang dalam satu kumpulan. Setiap penyertaan juga perlulah mendapatkan cop pengesahan daripada pihak pengetua atau wakil guru sekolah masing-masing.

Setiap sekolah hanya layak menghantar tiga penyertaan sahaja. Manakala penyertaan secara individu adalah tidak dibenarkan bagi kategori ini.

Kategori 2 pula terbuka kepada individu yang berusia 18 tahun dan ke atas (lahir pada/sebelum 1997) dan hanya merupakan penyertaan individu sahaja. Penyertaan secara berkumpulan adalah tidak diterima.

Bagi menyertai Pertandingan Reka Bentuk Kereta Proton 2015 ini, borang penyertaan bolehlah dimuat turun menerusi laman web rasmi www.proton.com dan juga cawangan-cawangan Proton yang terpilih di seluruh Malaysia. Borang penyertaan yang difotokopi adalah tidak diterima.

Semua penyertaan berbentuk lakaran reka bentuk secara lukisan tangan bagi kategori 1 dan 2 ini haruslah sampai pada 1 September 2015.

Keterangan lanjut mengenai pertandingan ini termasuk syarat-syarat penyertaan boleh didapati di pautan berikut :

http://genesis.nextsecureapps.com/proton/download/PROTON_COMP-BM.PDF

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

16 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *