Penggunaan kerusi khas kanak-kanak belum diwajibkan – JKJR

By  |  0 Comments

Child car seats paultan.org 011

Walau pun pelbagai pihak termasuk NGO hebat mempromosikan penggunaan kerusi khas kanak-kanak di dalam kenderaan, namun buat setakat ini, Kementerian Pengangkutan belum bercadang untuk mewajibkan penggunaan kerusi kanak-kanak di dalam kereta, dalam masa terdekat, memetik laporan Bernama.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Abd Ghafar Yusof, pihak kementerian melalui JKJR kini sedang dalam proses memberi pendedahan tentang penggunaan kerusi kanak-kanak sebagai langkah mengurangkan risiko kecederaan yang serius kepada golongan itu.

“Penggunaan kerusi kanak-kanak agak baru bagi sesetengah ibu bapa dan harga kerusi yang mahal juga merupakan faktor mempengaruhi penggunaan kerusi tersebut,” katanya.

Dalam masa yang sama, pihak JKJR berharap ibu bapa dapat memberi kerjasama dan juga mempertimbangkan untuk menyediakan kerusi kanak-kanak demi kepentingan keselamatan anak-anak mereka.

Abd Ghafar berkata tinjauan JKJR mendapati masih terdapat penumpang hadapan yang memangku bayi dan membahayakan keselamatan mereka.

Sambungnya lagi, “Kita menyarankan agar ibu-ibu yang memangku anak supaya duduk di bahagian belakang dan pemandu juga diminta memastikan mereka mengenakan tali pinggang keledar.”

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *